Bantuan Kemasukan ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai Tahun 2022

GERAN BANTUAN KEMASUKAN KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) YAYASAN SEJAHTERA KULAI TAHUN 2022

Sukacitanya Yayasan Sejahtera Kulai membuka permohonan bagi Geran Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi bagi tahun 2022.

Pemohon yang layak akan menerima bantuan secara sekali bayar (one-off) berdasarkan bidang pengajian masing-masing.

Bantuan ini terhad kepada 30 orang penerima diploma dan 30 orang penerima ijazah yang layak sahaja.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan bagi bantuan ini ditutup pada 14 September 2022 (Rabu) sebelum jam 3.00 petang.

Jumlah Bantuan

Pemohon yang layak akan menerima jumlah bantuan secara one-off sebagaimana berikut;

  • Program Diploma – RM300
  • Program Ijazah Sarjana Muda – RM800

Syarat-syarat Umum

Berikut merupakan syarat-syarat umum bagi Geran Bantuan Kemasukan ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai;

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Bersekolah atau bermastautin dalam kawasan PBT Majlis Perbandaran Kulai.
  3. Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (dalam atau luar negara).
  4. Menyambung pengajian kali pertama ke Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
  5. Pelajar yang mengikuti program persediaan seperti Pra Ijazah adalah tidak layak untuk bantuan ini.
  6. Pemohon mestilah mengikuti pengajian secara Sepenuh Masa.
  7. Pemohon yang tersenarai dalam e-Kasih, penerima bantuan Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berpendapatan bulanan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) serta lain-lain golongan memerlukan akan diberikan keutamaan.
  8. Pemohon dari golongan B40 layak dipertimbangkan untuk bantuan ini.
  9. Pemohon hendaklah melampirkan salinan surat tawaran kemasukan ke IPT, salinan keputusan SPM/Matrikulasi/STPM/STAM.
  10. Pemohon dikehendaki memberikan bukti pendapatan ke semua isi rumah. Sekiranya berniaga sepenuh masa, sila lampirkan pengesahan pendapatan dari Ketua Kampung, Penghulu Mukim atau Pesuruhjaya Sumpah atau borang BE. Sekiranya bekerja makan gaji, sila sertakan slip gaji dari majikan.
  11. Pemohon yang terdiri dari kalangan OKU atau sakit, dikehendaki melampirkan salinan kad OKU atau laporan doktor.
  12. Pengesahan borang serta dokumen mestilah dibuat oleh Wakil Rakyat ADUN kawasan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sejahtera Kulai, Pengetua Sekolah atau pemimpin masyarakat seperti Ahli Majlis MPKu, Ketua Kampung, Ketua Masyarakat atau Penghulu.
  13. Sekiranya didapati terdapat maklumat yang tidak benar, pemohon adalah dikehendaki membayar balik jumlah geran yang telah diterima.
  14. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Cara Memohon.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat Yayasan, laman facebook yayasan atau sila layari pautan berikut:-

https://drive.google.com/file/d/1CK4cl_QQgnXP8QlzAHjt-7be3NhtGtfe/view

Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui butang di bawah.

Info dan Pertanyaan

Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Geran Bantuan Kemasukan ke IPT Yayasan Sejahtera Kulai, sila hubungi maklumat berikut

  • 07 6605348 – Pejabat Yayasan
  • 011-33945449 – Puan Azizah
  • 011-23415956 – En Zaimi

Sumber: Yayasan Sejahtera Kulai

Bantuan Kemasukan IPTA & IPTS Yayasan Sejahtera Kulai
Scroll to Top