Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) One-Off Terengganu RM150

Bantuan OKU: Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu Kepada Orang Kurang Upaya (OKU)

Sukacitanya Kerajaan Negeri Terengganu sekali lagi mengambil inisiatif untuk membantu golongan OKU bagi meringankan beban dengan membuka permohonan bagi bantuan secara one-off kepada OKU yang memerlukan.

Golongan OKU yang menepati syarat yang ditetapkan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban kewangan yang dihadapi.

Berikut merupakan maklumat penting mengenai permohonan bantuan.

Apa Itu Bantuan OKU Terengganu?

Bantuan OKU merupakan inisiatif kerajaan negeri Terengganu buat orang kurang upaya di negeri ini.

Pengumuman bantuan ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Terengganu  Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada pertengahan November tahun lepas di Wisma Darul Iman.

Belanjawan yang bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ itu didokong lima teras utama dan diperkukuhkan dengan 147 inisiatif di bawah 22 objektif.

Lima teras utama itu adalah memperkuatkan daya tahan isi rumah, memperkukuhkan kesejahteraan sosial masyarakat, memperbaiki ketersediaan kemudahan awam rakyat, memberdaya pertumbuhan ekonomi negeri dan memperindah persekitaran serta melindungi alam.

Bantuan Tunai one-off OKU Terengganu

Tarikh Permohonan

Permohonan bantuan ini dibuka mulai 24 Ogos 2022 (Rabu) hingga 3 September 2022 (Sabtu) 

Jumlah Bantuan

Dalam pengumuman belanjawan Terengganu 2022 pada tahun lalu, Menteri Besar memaklumkan bahawa jumlah bantuan yang akan diberikan kepada golongan OKU  ini adalah sebanyak RM150 secara one-off (sekali bayar).

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Orang kurang upaya (OKU) yang berdaftar dengan JKM.
  2. Orang kurang upaya (OKU) yang berumur 18 tahun ke atas. 
  3. Orang kurang upaya (OKU) yang bukan kakitangan kerajaan.
  4. Pemohon adalah BUKAN penerima bantuan bulanan JKM/PERKESO/MAIDAM.

Syarat Utama i-Bantuan

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat Pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
  4. Permohonan secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.

Cara Memohon

Permohonan bantuan OKU Terengganu ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;

https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Pemohon yang belum mendaftar dalam sistem ibantuan ini, dikehendaki mendaftar terlebih dahulu dengan memasukkan nombor mykad dan kata laluan bagi tujuan pendaftaran.

Sebagai makluman, fungsi sistem iBantuan ini adalah sebagaimana berikut;

  1. Sistem i-bantuan digunakan untuk permohonan Bantuan di bawah kerajaan Negeri Terengganu 
  2. Sistem ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kegunaan semakan maklumat pemohon 
  3. Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui i-Bantuan. 
  4. Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna i-Bantuan sebelum mereka membuat permohonan. 
  5. Pendaftaran Pengguna ibantuan wajib menggunakan No Kad Pengenalan PEMOHON\
  6. Borang Permohonan akan dicetak melalui sistem ini.

Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan golongan OKU di negeri Terengganu yang memerlukan.

Info dan Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, pemohon-pemohon boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat Dun masing-masing atau layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/ 

Anda juga boleh berhubung dengan JPKK dan PKM DUN masing-masing untuk sebarang pertanyaan.

Sumber: iBantuan Terengganu

Bantuan OKU- Bantuan Kerajaan Negeri Terengganu Kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
Scroll to Top