Tarikh dan Bayaran BKM Fasa 3 Kategori Bujang
Sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 (Selasa).
Pembayaran berjumlah RM2.2 bilion ini akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima yang terdiri daripada penerima BKM sedia ada kategori isi rumah, warga emas bujang/tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus Rayuan BKM.
Untuk BKM Fasa 3, setiap penerima BKM sedia ada bakal menerima sehingga RM900. Lebih daripada 80,000 penerima telah diluluskan Rayuan BKM dan akan menerima sehingga RM2,350 mengikut kategori kelayakan masing-masing termasuk Bantuan Tunai Tambahan yang diumumkan Kerajaan pada Jun yang lepas.
Untuk bantuan BKM Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Bilakah tarikh pembayaran, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.
Oleh yang demikian, sila baca maklumat berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia ini.
Tarikh Bayaran BKM Bujang Fasa 3
Pembayaran Fasa 3 dan Rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September 2022 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September 2022.


Bank Mana Yang Masuk Dulu?
Berdasarkan pengalaman penerima BKM fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, penerima BKM yang daftar menggunakan akaun bank BSN akan terima dahulu bantuan kerana BSN adalah bank panel bagi Bantuan Keluarga Malaysia.

Ini diikuti secara BERPERINGKAT oleh beberapa bank yang lain seperti CIMB, Maybank, RHB, Bank Islam, Affin Bank, Bank Rakyat, Public Bank, Hong Leong Bank, Agro Bank dan lain-lain.
Untuk penerima BSN, jangkaan tarikh adalah pada 20 September (Selasa). Namun berkemungkinan juga akan masuk awal sehari (hanya jangkaan berdasarkan pengalaman BKM Fasa 1 dan 2). Manakala jangkaan bagi bank-bank yang lain akan masuk mulai 21 September 2022 (Rabu).
Semakan Bayaran
Semakan status pembayaran BKM boleh dibuat mulai 20 September 2022 (Selasa) melalui laman portal My BKM iaitu;
- Tekan log masuk MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Pemohon yang telah membuat semakan akan dipaparkan maklumat berikut;
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Sekiranya terlupa password BKM, tindakan adalah seperti berikut:
Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
- Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
- Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkansebelum ini

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.
Jumlah Bayaran
Secara keseluruhannya, individu bujang yang diluluskan permohonan akan menerima bantuan sebanyak RM400 menerusi Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (termasuk Bantuan Tunai Tambahan).
Untuk fasa 3 BKM, kategori bujang akan menerima bayaran sebanyak RM150.
Sebagai makluman, bayaran fasa 3 ini adalah bayaran terakhir bagi BKM kategori bujang pada tahun 2022.
Untuk fasa 4 bulan Disember 2022, tiada lagi bayaran bagi kategori bujang sebagaimana jadual yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Walaupun begitu, Kerajaan mungkin akan memberikan bantuan khas kepada golongan bujang sebagaimana dalam fasa 2 dengan bayaran RM50 melalui Bantuan Tunai Tambahan.
Bahkan menurut Perdana Menteri pada bulan Julai yang lalu, Bantuan Keluarga Malaysia mungkin dinaikkan sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.
Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat mengikut jenis penerima.
Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara berperingkat.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang akan diumumkan kelak.
Semoga dengan pembayaran ini dapat meringankan beban kewangan golongan bujang B40 terutamanya dalam mendepani kesan kenaikan harga barangan di negara kita.
Tuntutan BKM Tunai di BSN
Bagi bayaran secara tunai BKM turut akan dilakukan mulai 20 September 2022 (Selasa) di seluruh Cawangan Bank BSN di seluruh Malaysia.
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN.
Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM. Rujuk laman sesawang BKM untuk maklumat lanjut.

Notis Pemakaian Pelitup Muka di premis BSN
Walaupun Kerajaan mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah pilihan, namun pihak BSN memohon kerjasama para pelanggan untuk memakai pelitup muka ketika berada di premis BSN bagi melindungi pelanggan dan kakitangan mereka.
Kerjasama para pelanggan BSN adalah amat dihargai.

Soalan Lazim (FAQ)
Mulai 20 September 2022 (Selasa) Secara Berperingkat
Melalui Portal MyBKM
https://bkm.hasil.gov.my/
Jumlah Bayaran Bagi September 2022 adalah RM150
Dapat RM150
Ada Akaun – Dibayar ke akaun masing-masing.
Tiada Akaun – Tunai di BSN.
Jadual Jangkaan Pembayaran BKM Fasa 3 Ke Akaun Bank Masing-Masing.