Bagi Siswa B40 yang sudah membuat permohonan Tablet PerantiSiswa, pastinya ingin mengetahui status semakan permohonan PerantiSiswa masing-masing.
Ramai yang bertanya, bagaimana nak tahu permohonan yang kita buat tu lulus atau tidak?
Ikuti perkongsian mengenai semakan status permohonan tablet PerantiSiswa bagi mengetahui maklumat lanjut PerantiSiswa.
Permohonan PerantiSiswa
Untuk makluman, permohonan PerantiSiswa dibuka kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Permohonan dibuka mulai 15 April 2022 dan tarikh tutup bagi fasa 1 adalah pada 15 Mei 2022 (Sabtu).
Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;
https://perantisiswa.kkmm.gov.my
Semakan Status Permohonan PerantiSiswa
Buat masa sekarang, Soalan Lazim (FAQ) di laman portal PerantiSiswa memaklumkan pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
Para pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan melalui email yang didaftarkan bagi mengetahui status kelulusan masing-masing.
Bila Akan Dapat PerantiSiswa
PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.
Kaedah agihan akan dimaklumkan selepas ini oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Jenis Peranti Yang Akan Dapat
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.
Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan Perantisiswa?
Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.
Info dan Maklumat Lanjut
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan PerantiSiswa, sila e-melkan ke [email protected] atau melalui talian berikut:
▪ 03-8911 5351
▪ 03-8911 5258
▪ 03-8911 5265
▪ 03-8911 5188
Waktu operasi:
8.00 pagi hingga 6.00 petang
Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am)
8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Sabtu dan Ahad
Soalan Lazim
Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 bagi memastikan proses pengajian para mahasiswa terus terpelihara.
Permohonan PerantiSiswa boleh dibuat secara online mulai 15 April 2022 – 15 Mei 2022 melalui pautan https://perantisiswa.kkmm.gov.my/
Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya.
PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022.
Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.
Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.