Thursday, September 21, 2023
HomePermohonanRM100 Untuk Bayi Kelahiran Kedah Melalui Program Anakku Sejahtera

RM100 Untuk Bayi Kelahiran Kedah Melalui Program Anakku Sejahtera

Bayi kelahiran Kedah pada 2021 akan menerima sumbangan RM100 dalam bentuk Tabungan Simpan SSPN Prime melalui Program Anakku Sejahtera yang dilancarkan pada 10 Oktober 2021 (Ahad) oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Kerajaan Kedah memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada rakyat Kedah berpendapatan rendah yang memiliki anak dilahirkan mulai 1 Januari sehingga 31 Disember 2021.

Apa itu Program Anakku Sejahtara?

Program Anakku Sejahtera merupakan inisiatif kerajaan negeri bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membantu golongan miskin di Kedah.

Kerajaan Kedah sentiasa mengambil berat dan proaktif untuk membantu rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan secara holistik dengan matlamat memastikan anak-anak tidak mewarisi kemiskinan ibu bapa atau mungkin datuk nenek mereka.

Dalam hal ini, penting bagi kerajaan untuk mendidik setiap keluarga merancang kewangan dan pendidikan yang berupaya untuk mengeluarkan mereka daripada putaran ganas kemiskinan yang berlarutan secara komprehensif.

Jumlah dan Bentuk Sumbangan

Sumbangan akan diberikan dalam bentuk tabungan Simpan SSPN Prime (yang dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dengan jumlah RM100 setiap seorang.

Simpanan sebanyak RM100 akan dimasukkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime selepas permohonan diluluskan.

Syarat Permohonan

Bagi memastikan sumbangan RM100 ini sampai kepada golongan sasaran, Kerajaan Negeri Kedah telah menetapkan beberapa syarat untuk permohonan sumbangan ini. Antaranya; 

  1. Bayi mestilah warganegara dan dilahirkan di negeri Kedah; 
  2. Ibu atau bapa lahir di negeri Kedah atau bermastautin di negeri Kedah melebihi 10 tahun; 
  3. Pendapatan isi rumah RM3,000.00 sebulan dan ke bawah; 
  4. Permohonan perlu dilakukan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kelahiran yang didaftarkan di sijil kelahiran.

Cara Memohon RM100 Melalui Program Anakku Sejahtera

Borang permohonan dan maklumat lanjut berkaitan program ini boleh didapati di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!