Friday, November 26, 2021
HomeBKCKemas Kini Maklumat Akaun Bank BKC Gagal Kredit Utk Fasa Seterusnya

Kemas Kini Maklumat Akaun Bank BKC Gagal Kredit Utk Fasa Seterusnya

Kepada penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang berstatus gagal kredit atau yang tiada maklumat akaun bank sebelum ini, pihak LHDN memaklumkan agar membuat kemas kini maklumat akaun bank bagi tujuan bayaran BKC Fasa seterusnya.

Untuk makluman, pembayaran BKC fasa 1 telah dibuat pada awal September yang lalu. Masing-masing menerima bayaran mengikut status dan kategori pemohon.

Oleh yang demikian, untuk fasa seterusnya pihak LHDN memohon penerima sebelum ini yang bersatus gagal kredit atau tiada maklumat akaun bank agar membuat kemaskini bagi memudahkan urusan pembayaran seterusnya.

Kemas kini Maklumat Akaun Bank BKC

Bagi mereka yang menerima status kredit “GAGAL KREDIT” melalui semakan Bantuan Khas Covid-19, anda boleh membuat kemas kini melalui dua cara iaitu;

  1. Secara dalam talian 
  2. manual

Sekiranya ingin kemas kini secara dalam talian (online), boleh berbuat demikian melalui portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/ 

Akaun bank yang hendak dikemaskini hendaklah akaun bank berstatus aktif. 

Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Kemas kini maklumat akaun bank bantuan khas Covid-19 (BKC)

Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya terlupa password BKC

Buka portal MyBKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my/ 

Terlupa Kata Laluan BKC

Sekiranya terlupa password BKC, anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan dan tindakan adalah seperti berikut:

a) Bagi mereka mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian;

  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
  • Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu

b) Bagi mereka yang tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank BKC

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal BKC https://bkc.hasil.gov.my/ mulai 7 Oktober 2021 sehingga 21 Oktober 2021. 

Tarikh Pembayaran BKC Untuk Fasa 2

Pembayaran BKC untuk fasa 2 adalah pada bulan November 2021.

Tarikh sebenar akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas ini.

Berdasarkan pengalaman bayaran BKC fasa pertama yang lalu, proses pengkreditan Fasa 1 dikreditkan pada awal bulan iaitu pada 6 September dan selesai sekitar 10 September 2021. 

Oleh yang demikian, berkemungkinan juga proses pengkreditan fasa 2 pada awal bulan ataupun bergantung kepada pengumuman kerajaan selepas ini.

Info dan maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk FAQ (soalan lazim) di laman portal https://bkc.hasil.gov.my/ 

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments