Dalam Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) Mei yang lalu, Kerajaan mengumumkan bantuan khas kepada pemandu bas ekspres.
Bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban pemandu bas ekspres yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Apa itu Bantuan Khas PEMERKASA+ Pemandu Bas Ekspres?
Pemandu bas ekspres merupakan antara golongan yang terkesan disebabkan pelaksanaan PKP dan jangkitan Covid-19 yang melanda negara.
Disebabkan itu, kerajaan mengumumkan bantuan khas kepada pemandu bas ekspres bagi mengurangkan bebanan mereka.
Perdana Menteri dalam ucapan PEMERKASA+ mengumumkan;
“Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas secara one-off sebanyak 500 ringgit kepada 17 ribu pemandu pelancong, 40 ribu pemandu teksi, 11 ribu pemandu bas sekolah, 4 ribu bas persiaran dan 62 ribu pemandu kereta sewa dan e-hailing.”
Bantuan ini diuruskan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Jumlah Bantuan
Bantuan yang disalurkan adalah secara sekali beri (one-off) sebanyak RM500.00.
Syarat dan Kriteria Permohonan
Kriteria kelayakan yang telah ditetapka adalah sebagaimana berikut;
- Warganegara Malaysia.
- Pemandu berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekpres, dan mempunyai caruman PERKESO yang masih sah, di mana caruman PERKESO adalah dilaksanakan oleh pihak syarikat bas ekpres.
- Pemandu bas mempunyai Lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan Lesen Vokasional yang telah diberikan oleh MOT di sepanjang tahun 2021.
- Hanya syarikat atau pengusaha bas ekpres yang mempunyai lesen pengendali yang sah dengan APAD yang layak memohon bantuan ini bagi pemandu bas ekpres mereka.
- Pemandu yang telah menerima bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, teksi atau e-hailing sebelum ini tidak lagi layak menerima bantuan kepada pemandu bas ekpres.
- Wakil pegawai syarikat bas ekpress adalah dikehendaki mengemukakan maklumat pemandu bas ekpress di bawah syarikat masing-masing yang lengkap bagi tujuan saringan kelayakan dan penyaluran bantuan.

Cara Memohon
Permohonan adalah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;
Tarikh Permohonan
Portal dibuka mulai 27 September (Isnin) dan ditutup pada 10 Oktober 2021 (Ahad).
Tarikh Pembayaran
Pembayaran kepada pemandu yang layak mulai 26 Oktober 2021 (Selasa).
Berikut adalah aliran masa dan proses bantuan PEMERKASA+ Bas Ekspres.

Info dan Maklumat Lanjut
Sebarang info dan maklumat lanjut sila layari;
Agensi Pengangkutan Awam Darat : APAD | |
No Telefon | 03-26036600 |
[email protected] | |
Laman web | www.apad.gov.my |
Sumber: Facebook APAD & Laman web APAD
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.