Permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT/ Bantuan Persediaan IPT MAIWP

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyediakan bantuan Bantuan Persediaan IPT dan Bantuan Am Pelajaran IPT kepada asnaf yang memerlukan.

Sekiranya anda ingin memohon bantuan ini, baca maklumat berikut bagi mengetahui kelayakan anda.

Apa itu Bantuan Am Pelajaran IPT/ Bantuan Persediaan IPT MAIWP?

Bantuan am pelajaran IPT / bantuan persediaan IPT disediakan oleh MAIWP bertujuan membantu asnaf dalam bentuk kewangan untuk menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi.

Asnaf yang layak adalah;

  1. Fakir
  2. Miskin
  3. Muallaf 
  4. Fi Sabilillah

Permohonan Bantuan Persediaan IPT hendaklah dibuat sebelum mendaftarkan diri ke IPT setelah menerima surat tawaran.

Manakala permohonan Bantuan Am Pelajaran IPT boleh dibuat setelah mendaftarkan diri ke IPT . Permohonan boleh dibuat setahun sekali selama tempoh pengajian.

Tujuan Bantuan Persediaan IPT & Bantuan Am Pelajar IPT

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Syarat Umum Permohonan 

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Syarat Khusus Bantuan Persedian IPT

  1. Pengajian sepenuh masa
  2. Peringkat pengajian sijil sehingga ijazah sarjana muda
  3. Tempoh pengajian 6 bulan keatas
  4. Permohonan bantuan dalam tempoh 3 bulan sebelum atau selepas mendaftar pengajian
  5. Bagi bekas pelajar dibawah institusi bawah maiwp perlu melampiran surat pengesahan
  6. Borang permohonan dan senarai semak borang bantuan ayari laman web MAIWP atau pusat agihan zakat yang berdekatan
Syarat Khusus Bantuan Persediaan IPT

Dokumen Yang Di Perlukan

  1. Borang permohonan
  2. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
  3. Satu salinan kad pengenalan:
    • Pemohon
    • Suami
    • Isteri
    • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
  4. Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
    • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  5. Satu salinan nombor akaun bank / surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini
  6. Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
  7. Satu surat pengesahan pengajian di IPT dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Jabatan Penuntut Malaysia ASAL
  8. Satu surat penajaan IPT samaada mendapat pinjaman / tajaan atau tidak dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar / Unit Biasiswa dan Kewangan IPT / Jabatan Bendari / Jabatan Penuntut Malaysia (ASAL)
  9. Satu salinan pengiktirafan pengajian Jabatan Perkhidmatan Awan / Lembaga Akreditasi Negara / Agensi Kelayakan Malaysia dari Jabatan Akademik Pelajar ( bagi semua IPTS dan IPTA yang mengiktiraf kos professional dan eksekutif sahaja)
  10. Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan

Keluarga berceraiSatu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal duniaSatu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baruSatu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya.Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronikSurat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT.Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalahSatu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis.Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Cara Memohon

Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/jenis-skim-bantuan-zakat/bantuan-am-pelajaran-ipt-bantuan-persediaan-ipt untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

Penghantaran Permohonan

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke mana-mana kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP berikut:

IBU PEJABAT

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)
Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM No. 150, Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 4047 9444 No. Faks : 03- 4044 9444

CAWANGAN

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
No. Tel : 03 – 8871 5000 No. Faks : –
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan
Blok 4, Tingkat 13 Kompleks Ujana Kewangan Peti Surat 80960 87019 LABUAN
No. Tel : 087-418 515 / 512 No. Faks : 087-418 514
 

PUSAT AGIHAN ZAKAT (PAZA)

PAZA Cawangan Parlimen Batu
No. 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 ½, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 6259 6906
 
PAZA Cawangan Bukit Bintang
Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 2070 2004 / 03- 2070 2005
 
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak
No 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan 1,
Jalan Danau Lumayan, 56000 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 9191 0116
 
PAZA Cawangan Lembah Pantai
No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 2202 0937
 
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju
No 19, Jalan 9/23e , Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 4131 0469
 
PAZA Cawangan Parlimen Setiawangsa
No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 4142 0515
 
PAZA Cawangan Titiwangsa
Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4251 8524
 
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh
Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 Kuala Lumpur
No. Tel : 03- 7772 9423
 
PAZA Cawangan Parlimen Segambut
C-0-3A, M Avanue, Jalan Segambut, 1-38A, Segambut Bahagia, 51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03 6243 4080 / 03 6243 4081

Sumber: Laman Web MAIWP

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top