Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU) untuk memohon penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2022.
Penajaan Program Ijazah Dalam Negara adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar peringkat Ijazah Pertama yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik Premier dan Government-Linked Universities (GLU).
Syarat Permohonan
1. Syarat Umum
- Warganegara Malaysia:
- Mempunyai kesihatan yang baik;
- Ibu dan/ atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA:
- Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana pihak di peringkat pengajian yang sama;
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
- Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
2. Syarat Khusus
- Telah memulakan pengajian peringkat ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup:
- Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:
- PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00 bagi pelajar yang telah memulakan pengajian; atau
- PNGK sekurang-kurangnya 3.30 di peringkat diploma dari UA/Politeknik/IPTS (GLU) yang disenaraikan /STPM bagi pelajar yang telah memulakan pengajian (namun belum lengkap satu semester)
- Memperoleh sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan dalam STAM dan mengambil sekurang-kurangnya empat mata pelajaran dan
- Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.
- Bidang Perubatan dan Pergigian
- Memperoleh keputusan “LULUS bagi semester terkini pengajian; dan
- Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini /semasa
Bidang Pengajian
- Klinikal dan Kesihatan
- Kejuruteraan dan Teknikal
- Sains Sosial
- Sains
Cara Memohon Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)
Permohonan secara dalam talian;
Atau terus ke pautan berikut;
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN
Tarikh Permohonan:
Permohonan bagi tajaan Program Ijazah Dalam Negara mulai 14 Februari 2022 dan ditutup pada 27 Februari 2022 (11.59 malam).
Syarat Perjanjian Boleh Ubah
Perjanjian pinjaman dikuatkuasakan mengikut empat keadaan PBU seperti berikut:
- Pinjaman ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam setelah tamat pengajian;
- Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat berkaitan Kerajaan setelah tamat pengajian;
- Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian; dan
- Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.
Tarikh-tarikh Penting
Aktiviti | Tarikh/Hari |
Permohonan dibuka | 14 Februari 2022 (Isnin) |
Permohonan ditutup | 27 Februari 2022 (Ahad) |
Jangkaan Keputusan | 27 Mei 2022 |
Sesi Mula Tajaan | September 2022 |
Senarai Institusi Yang Ditaja Di Bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2022
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Politeknik Ungku Omar
- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
- Politeknik Ibrahim Sultan
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Malaysia-Japan International Institute of Technology Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTM-MJIIT)
Info Lanjut dan Pertanyaan
Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 2, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA (u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan) Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) http://jpa.spab.gov.my Call Centre Emel : [email protected] Tel : 03-8885 3297 (Talian & emel hanya aktif sewaktu permohonan program dibuka sahaja) |
Sertai Sesi Soal Jawab Permohonan PIDN melalui Zoom pada:
25 Februari 2022 (Jumaat) | 10.00 – 11.00 pagi | https://zoom.us/j/93632427280
