Semakan Bantuan B40: Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara pada 29 Mac 2023 menyampaikan khabar gembira buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana pembayaran fasa 2 akan disalurkan mulai 5 April bersamaan 14 Ramadhan 1444.
Sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk Fasa 2 STR.
Sebelum ini, dalam sidang Dewan Rakyat pada 14 Mac 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan;
“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terlibat supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.”
Cara Semakan Status Bantuan Rahmah Fasa 2 STR
Semakan status bayaran boleh dibuat mulai 05 April 2023 melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM,
https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR >
Semakan Pembayaran Fasa 2; atau - Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Bayaran
Sekiranya layak STR fasa 2, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
- Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Kelayakan Penerima STR Fasa 2
Penerima STR yang layak menerima bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada
penerima STR Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon
dan pasangan sehingga 28 Februari 2023.
Saya membuat semakan status pembayaran pada MySTR tetapi tiada maklumat bayaran Fasa 2 yang dipaparkan?
Tiada maklumat pembayaran Fasa 2 dipaparkan kerana anda bukan penerima
STR Fasa 2. (rujuk perenggan sebelum ini)
Tarikh Bayaran
Untuk fasa 2, tarikh pembayaran adalah secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu) hingga selesai (Dikreditkan ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BKM 2022).
Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR mendaftar akaun melalui BSN dalam permohonan bantuan mereka.

Sementara ini, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023 (RABU).
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.

Maybank Dah Masuk?
Walaupun secara rasminya pembayaran STR Fasa 2 bermula 5 April 2023, namun ada beberapa rakan netizen di Facebook memaklumkan sudah menerima bayaran Maybank pada 4 April 2023 iaitu hari Selasa.

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada Maybank Bank.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.
Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
CIMB Dah Masuk?
Sama seperti Maybank, kali ini netizen cakap dapat awal untuk CIMB. Di Facebook mereka memaklumkan sudah menerima bayaran CIMB seawal 4 April 2023 lagi iaitu hari Selasa.

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada CIMB Bank.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Cimb Click atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.
Semakan secara perbankan melalui Cimb Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/
Kenapa Duit STR Belum Masuk?
Dengan 8.7 juta penerima dan pembayaran berjumlah RM1.26 bilion, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Jumlah dan Kadar Bayaran BKM Fasa 2
Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia jumlah bayaran bagi STR fasa kedua adalah sehingga RM200 berdasarkan kategori masing-masing.
Jumlah ini berbeza berdasarkan kelayakan setiap penerima yang merangkumi isi rumah, warga emas (bujang/tiada pasangan) dan individu bujang.
- Isi rumah pendapatan RM0 – RM2500 :
- RM 200 (Tiada anak)
- RM 200 (1-2 anak)
- RM 200 (3-4 anak)
- RM 200 (5 anak dan ke atas)
- Isi rumah pendapatan RM2501 – RM5000 :
- RM 200 (Tiada anak)
- RM 200 (1-2 anak)
- RM 200 (3-4 anak)
- RM 200 (5 anak dan ke atas)
- Warga Emas Sebatang kara (Umur 60 tahun dan ke atas) Pendapatan RM0 – RM5000 :
- RM 100
- Bujang & Bujang OKU (Umur 21 hingga 59 tahun) Pendapatan RM0 – RM2500 :
- RM 100
Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat sebagaimana bayaran fasa sebelum ini.
Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing bermula 5 April 2023 (Rabu).
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), cara pembayaran adalah melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
BSN akan mengeluarkan notis rasmi mengenai tuntutan STR Tunai Fasa 2 dalam masa terdekat.
FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status Bantuan Rahmah Fasa 2
Mulai 5 April 2023 (Rabu)
Mulai 5 April 2023 (RABU) Secara Berperingkat
Mulai 5 April 2023 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia