Pembayaran STR Fasa 2 Melalui BSN (Kredit Akaun dan Tunai)

Info mengenai pembayaran STR Fasa 2 melalui kredit akaun dan secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mereka yang tiada akaun bank.

Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

Pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu).

Jumlah Bayaran

Jumlah bayaran STR Fasa 2 adalah berbeza mengikut kategori penerima masing-masing sebagaimana berikut;

  • Isi rumah – RM200
  • Warga emas tiada pasangan – RM100
  • Bujang – RM100

Tarikh Pembayaran

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibuat mulai 5 April 2023 (Rabu) secara berperingkat.

Semakan Status Kelayakan

Anda boleh menyemak status kelayakan mulai 5 April  2023 melalui cara-cara berikut:

  1. Layari laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my   atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747

Pembayaran STR Fasa 2 Melalui Pengkreditan Akaun BSN

Pembayaran STR fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun BSN akan dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan ole LHDNM kepada BSN.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet myBSN atau Mesin Teler Automatik (ATM) BSN.

Semakan secara perbankan melalui myBSN boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do

Pembayaran STR Secara Tunai Di Kaunter BSN

Bayaran STR Fasa 2 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 5 April 2023 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN. Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakili penerima bagi penunaian STR.

Rujuk laman sesawang STR untuk maklumat lanjut.

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN melalui talian 1300-88-1900 sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut.

Sumber: Bank Simpanan Nasional

Notis Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 BSN

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 2?

– Isi rumah – RM200
– Warga emas tiada pasangan – RM100
– Bujang – RM100

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 untuk BSN?

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dibuat mulai 5 April 2023 (Rabu) secara berperingkat.

Bilakah tuntutan secara tunai BSN boleh dibuat bagi yang tiada akaun?

Bayaran STR Fasa 2 secara tunai pula akan turut dilakukan mulai 5 April 2023 (Rabu) di seluruh Cawangan BSN.

Pelanggan perlu membawa kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.

Bagaimana cara menghubungi khidmat pelanggan BSN?

Hubungi 1300-88-1900

Scroll to Top