Bantuan SARA 2024: Semakan Status MyKasih (RM100 Sebulan)

Semakan MyKasih: Status Terkini Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) Untuk Bantuan Dapur RM1200.

Lebih 700,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kategori miskin tegar dan miskin berdasarkan data e-Kasih bakal menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) mulai Isnin, 22 Januari 2024 berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan..

Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. 

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Antara barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung dan lain-lain lagi.

Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih di mana pelaksanaannya telah ditambah baik pada tahun 2024 bagi memenuhi keperluan barangan asas (Januari – Disember 2024) dengan kelayakan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.

Untuk tahun 2024, kerajaan telah membuat beberapa penambahbaikan iaitu;

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Semakan Status MyKasih

Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;

  1. Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
  2. Melalui surat pemakluman
  3. Sistem Pesanan Ringkas (sms blast
  4. Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih

Semakan Melalui Portal MyKasih

Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;

Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;

  • Status – Layak
  • Jumlah baki terkini
  • Nama
  • Nombor MyKad
  • Program bermula
  • Program berakhir
MyKasih 2024 - Status layak RM1200

Semakan Melalui Portal MySTR

Anda boleh membuat semakan melalui portal MySTR melui pautan berikut;

  • Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik SEMAKAN PERMOHONAN

Penerima yang layak akan menerima status seperti berikut dalam MySTR masing-masing dengan jumlah bayaran turut tertera;

Status Layak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

 Surat Pemakluman

Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR.

Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)

  • Penerima SARA yang layak akan menerima Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.
  • Akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  • Penerima akan menikmati elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 pada setiap bulan melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan  asas  di  rangkaian  rakan  runcit (pasaraya / kedai) yang terpilih.

Menghubungi MyKasih, HASIL atau MOF

Semakan kelayakan SARA

  • Hubungi HASiL: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Semakan pelaksanaan SARA bagi penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia

  • Hubungi MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)

Jadual Bayaran SARA Januari – Disember 2024

Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024 manakala bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan seperti jadual berikut:

Jadual Bayaran Bantuan SARA MyKASIH 2024

Tarikh Bayaran

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media memaklumkan tarikh pelaksanaan atau bayaran bagi penerima bantuan SARa ini adalah berbeza mengikut negeri masing.

Pelaksanaan SARa akan dibuat mulai Isnin 22 Januari bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia, manakala penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 seperti berikut:

Kedah, Pulau Pinang. Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu

  • Mulai 22 Januari 2024 (ISNIN)
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor

  • Mulai 29 Januari 2024 (ISNIN).
  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan

  • Pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024.
  • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.
Pelaksanaan Bantuan Sara MyKASIH 2024

Kelayakan Menerima SARA 2024

Kelayakan SARA adalah terhad kepada:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  3. Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

Kategori Penerima dan Jumlah Bayaran

Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:

Kategori Penerima Sara 2024

Cara Memohon SARa

Tiada permohonan diperlukan kerana kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Kaedah Pelaksanaan

Kaedah pelaksanaan SARA adalah berbeza mengikut negeri seperti berikut:

  • Bantuan barangan keperluan tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100/RM50 setiap bulan mengikut kategori bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024-Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima bagi pembelian di pasar raya/kedai runcit terpilih seluruh negara.
  • Bayaran RM600/RM300 dua kali setahun mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan BSN seluruh negara.

Senarai Kedai Untuk Pembelian

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Penerima yang layak akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli barangan keperluan asas. MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Senarai pasar raya dan kedai runcit terlibat boleh disemak melalui pautan berikut:

https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu;

  1. Beras, 
  2. Roti, 
  3. Telur, 
  4. Minyak masak, 
  5. Tepung, 
  6. Biskut,
  7. Mi segera, 
  8. Minuman, 
  9. Makanan dalam tin dan
  10.  Bahan perasa. 
  11. Produk kebersihan,
  12. Ubat-ubatan
  13. Barangan persekolahan.

Barangan keperluan asas yang terlibat dengan program SARA akan dilabel untuk rujukan penerima. Contoh barangan keperluan asas mengikut kategori adalah seperti berikut:

Senarai Barangan yang boleh dibeli untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARa)

Cara Pembelian di Kedai

Kaedah pembelian barangan makanan asas adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Semakan Baki Terkini SARa

Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:

i. Semakan portal rasmi MyKasih: pautan portal MyKasih

ii. Semakan pada resit pembelian:

Semakan baki sara melalui resit pembelian

Info Lanjut dan Pertanyaan

Maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) bagi penerima dari negeri semenanjung Malaysia boleh didapati di:
i. Portal Rasmi MyKasih, https://mykasih.com.my/ ; atau
ii. Hubungi Talian Bantuan MyKasih 03-7720 1800

Sumber: Portal MyKasih & Kementerian Kewangan

Siaran Media

Soalan Lazim (FAQ)

Berikut merupakan beberapa soalan lazim berkaitan semakan MyKasih dan Sumbangan Asas Rahmah 2024;

Apakah Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sumbangan tambahan kepada penerima STR berstatus Miskin Tegar & Miskin eKasih dalam bentuk bakul makanan / baucar bagi memenuhi keperluan barangan makanan asas.

Adakah saya perlu memohon SARA?

Tidak. Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.

Berapakah amaun kelayakan SARA yang akan diterima penerima yang layak?

RM1200 – Isi Rumah (Kahwin)
RM1200 – Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1200 – Warga Emas Tiada Pasangan
RM600 – Bujang

Bagaimana cara semakan Mykasih bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARa) secara online?

https://www.mykasih.com.my/ klik semak status

Sekiranya saya tidak tersenarai sebagai penerima SARA, adakah saya masih
berpeluang menjadi penerima SARA?

Ya. Tiada permohonan rayuan akan dibuka bagi kelayakan baharu SARA. Walau
bagaimanapun, kelayakan SARA akan dipertimbangkan semula sekiranya:
i. Warganegara Malaysia;
ii. Permohonan rayuan STR 2024 anda melepasi kriteria kelayakan dan
diluluskan; serta
iii. Tersenarai dalam data Miskin Tegar / Miskin eKasih sehingga 31 Oktober
2023.
Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.
Sekiranya permohonan STR diluluskan mulai semakan verifikasi fasa kedua / ketiga /
keempat, bayaran SARA yang akan diterima adalah mulai bulan fasa STR 2024
berkenaan diluluskan.

Adakah elaun SARA mempunyai tarikh luput?

Ya. Tempoh sah laku atau tarikh luput elaun SARA adalah pada 31 Disember 2024.

Soalan-soalan lain sila rujuk;

https://www.mykasih.com.my/site/food-aid-programme/sara/faq/

Scroll to Top