Seperti yang dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 7 Jun yang lalu, semakan dan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2021 akan diumumkan pada 16 Jun 2022 bermula jam 10 pagi.
Calon-calon SPM dan juga ibu bapa pastinya tidak sabar dengan pengumuman ini walaupun mereka berhadapan dengan suasana peperiksaan yang begitu mencabar ketika peperiksaan ini dijalankan pada bulan Mac yang lalu.
Untuk makluman, tahun 2022 menjadi tahun bersejarah buat 407,097 calon ujian bertulis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 apabila menduduki peperiksaan itu pada bulan Mac, berbanding kebiasaan yang diadakan pada akhir tahun persekolahan, ekoran negara dilanda pandemik Covid-19.
Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).
Cara Semakan Keputusan SPM 2021
Terdapat tiga kaedah bagi semakan keputusan SPM 2021 iaitu;
- Di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 (Khamis) (hanya untuk calon sekolah sahaja)
- Semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022
- Melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan dengan menaip SPM(jarak)NoKP(jarak)AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini beroperasi mulai jam 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga jam 6 petang pada 22 Jun 2022.

Semoga semua calon SPM 2021 beroleh keputusan yang cemerlang, seterusnya dapat menyambung pengajian di Universiti pilihan masing-masing.
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022. Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan SPM akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.
Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut:
i. secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau
ii. secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.
KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.
-TAMAT-
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 7 JUN 2022


16 Jun 2022 (Khamis).
1. Di sekolah masing-masing mulai 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 (Khamis) (hanya untuk calon sekolah sahaja)
2. Semakan secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022
3. Melalui SMS bagi mendapatkan rumusan keputusan dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini beroperasi mulai jam 10 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga jam 6 petang pada 22 Jun 2022.