Ini Kategori yang Dapat RM800 STR Fasa 3 Bantuan Rahmah

Kategori yang dapat RM800 Dalam STR Fasa 3.

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran bagi fasa 3 akan dibuat pada bulan Julai 2023.

Pengumuman rasmi tarikh sebenar pembayaran akan dibuat oleh Perdana Menteri melalui media-media utama.

Untuk fasa 3, bayaran yang diterima adalah mengikut kategori masing-masing seperti isi rumah, warga emas dan kategori bujang.

Namun, ada yang keliru mengenai amaun bayaran STR fasa 3 ini. Ada yang dapat RM150, RM300, RM400, RM800 dan lain-lain amaun.

Cara Semakan Status STR 2023

Semakan status STR  boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;

  1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
  3. Menghubungi LHDM
  4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
  5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Cara Semakan Status STR 2023 Fasa 1

Bagi semakan secara online di laman portal STR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

  • Tekan log masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
  • Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
  • Masukkan kata laluan
  • Klik menu semakan pembayaran fasa 3
  • Klik maklumat pembayaran

Sekiranya layak STR fasa 3, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
Semakan Maklumat Bayaran STR Fasa 2
Maklumat semakan fasa 3 akan dikemaskini selepas ini

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login

Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022.

Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;

  1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022;
    • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya
    • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
    • Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
    • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
  2. Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022 / e-mel tidak sah
    • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Lupa kata laluan

Untuk makluman, sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat. 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM. 

Siapa yang Dapat RM800 Dalam STR Fasa 3?

Pembayaran bagi isi rumah fasa 3 adalah berbeza mengikut bilangan anak dan pendapatan bulanan isi rumah.

Untuk fasa 3, penerima akan menerima bayaran antara RM150 hingga RM800.

Berdasarkan jadual bayaran STR fasa 3 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, kategori yang menerima bayaran RM800 bagi fasa ini adalah sebagaimana jadual berikut;

Kategori Penerima Bayaran RM800 STR Fasa 3

Kategori Penerima Bayaran RM800 STR Fasa 3;

  • Kategori isi rumah tiada had umur
  • Pendapapatan bulanan RM2500 ke bawah
  • Bilangan anak 5 atau lebih

Manakala bagi kategori-kategori lain, jumlah bayaran bagi fasa 3 adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM300
  2. Bil anak 1-2 – RM400
  3. Bil anak 3-4 – RM600
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM800

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM150
  3. Bil anak 3-4 – RM200
  4. Bil anak 5 dan ke atas  – RM250

Bagi warga emas, pula bayaran yang akan diterima adalah RM200. Manakala bagi golongan bujang akan menerima RM150.

Lihat jadual bayaran fasa 3 di bawah untuk lebih terperinci.

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Oleh yang demikian, hanya kategori isi rumah berpendapatan RM2500 ke bawah dengan mempunyai 5 anak  dan lebih sahaja akan mendapat bayaran RM800.

Bilakah Tarikh Bayaran STR Fasa 3?

Berdasarkan jadual pembayaran STR 2023, pembayaran Bantuan Rahmah dibuat 4 kali setahun iaitu;

  • Januari – Fasa 1 (Telah dibayar)
  • April – Fasa 2 (Telah dibayar)
  • Julai – Fasa 3
  • November – Fasa 4
Jadual pembayaran STR 2023

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh LHDNM di atas, pembayaran fasa 3 Bantuan Rahmah akan dibuat pada bulan Julai 2023.

Namun, pengumuman rasmi tarikh sebenar pembayaran akan dibuat oleh Perdana Menteri selepas ini yang akan dibuat melalui media-media utama.

Jadual bayaran boleh berubah sama ada dipercepatkan atau ditangguhkan mengikut keputusan Perdana Menteri berdasarkan situasi semasa.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat setelah pengumuman rasmi tarikh pembayaran diumumkan.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini setelah diumumkan kelak.

Penerima STR yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) setelah pengumuman rasmi dibuat.

Scroll to Top