Semakan Status Terkini Pembayaran STR Fasa 1 2024.
Alhamdulillah pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) bagi tahun ini akan disalurkan lebih awal berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.
Menurut Kementerian Kewangan, seramai 8.2 juta penerima bakal menerima bantuan tunai sehingga RM500 untuk fasa 1 tahun ini.
3 kategori yang menerima bayaran bagi fasa 1 adalah isi rumah, warga emas (tiada pasangan) dan bujang.
Cara Semakan Status STR Fasa 1 2024
Semakan status STR Fasa 1 boleh dibuat melalui mana-mana kaedah-kaedah berikut;
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store / App Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Cara Semakan Online Melalui Portal MySTR
Berikut adalah cara untuk membuat semakan status STR fasa 1 2024 melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my
Langkah 1 – Klik log masuk MySTR
Langkah 2 – Masukkan Nombor MyKad Pemohon
Langkah 3 – Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
Langkah 4 – Masukkan Kata Laluan
Langkah 5 -Klik Semakan Status
Langkah 6 – Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

Maklumat pembayaran bagi mereka yang layak STR fasa 1, data yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai

Terlupa Kata Laluan (Password) dan Tak Boleh Login
Untuk makluman, kata laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat yang anda masukkan sebelum ini.
Sekiranya terlupa password MySTR, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut;
> Klik terlupa kata laluan
> Klik semakan
- Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR 2023;
- Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan STR dan klik seterusnya
- Kata laluan sementara akan diemelkan pada emel yang didaftarkan
- Semak e-mel dan log masuk semula MySTR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu
- Tidak mempunyai e-mel /e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada STR 2023 / e-mel tidak sah
- Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan
Sekiranya masih kurang jelas, sila lihat Panduan Pengguna STR bagi yang Terlupa Kata Laluan di bawah;
Untuk makluman, sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat.
Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline BKK 1-800-88-2747 atau hadir ke Pejabat HASiL.
Kelayakan Penerima STR Fasa 1 2024
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR Fasa 1 adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan..
Tarikh Bayaran

Kementerian Kewangan memaklumkan, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 diawalkan kepada 29 Januari 2024 (Isnin depan) secara berperingkat, berbanding perancangan awal pada bulan Februari 2024.
Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing sehingga 2 Februari 2024 (Jumaat).
Namun begitu, beberapa netizen di Facebook mendakwa ada yang sudah menerima bayaran awal terutamanya penerima STR mendaftar akaun melalui BSN dalam permohonan bantuan mereka.




Sementara ini, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan tunai boleh dibuat di seluruh Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024 (Isnin).
Untuk pembayaran secara tunai ini, penerima perlu membawa kad pengenalan ketika hadir ke Cawangan BSN. Hanya wakil yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk mewakilkan penerima bagi penunaian BKM.

Maybank Dah Masuk?
Beberapa rakan netizen memaklumkan sudah menerima bayaran STR Fasa 1 2024 melalui Maybank pada 29 Januari 2024 secara berperingkat.
Berikut adalah beberapa screen shot (tangkap layar) perkongsian mereka;



Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak Maybank.
Pelanggan yang belum menerima bayaran STR, dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.
Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
CIMB Dah Masuk?
Beberapa rakan netizen memaklumkan sudah menerima bayaran STR Fasa 1 melalui CIMB pada 29 Januari 2024.
Berikut adalah beberapa screen shot (tangkap layar) perkongsian mereka.



Untuk makluman, pembayaran STR fasa 1 melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak CIMB.
Pelanggan yang belum menerima bayaran STR, dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet CIMB Clicks atau Mesin Teler Automatik (ATM) CIMB Bank.
Semakan secara perbankan melalui CIMB Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/
Kenapa Duit STR Lambat Masuk?
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.
Dengan lebih 8.2 juta penerima STR bagi fasa 1 tahun ini, sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Jadual & Jumlah Pembayaran STR Fasa 1
Berdasarkan siaran media terkini Kementerian Kewangan, penerima STR Fasa 1 2024 akan menerima bayaran antara RM100 hingga RM500 berdasarkan kelayakan masing-masing.
Jumlah bayaran mengikut kategori masing-masing adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM500
- Bil anak 1-2 – RM500
- Bil anak 3-4 – RM500
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Isi rumah (tiada had umur) dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM100
- Bil anak 1-2 – RM150
- Bil anak 3-4 – RM250
- Bil anak 5 dan ke atas – RM300
Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM100
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM100
Untuk lebih jelas lagi, anda boleh merujuk jadual yang disediakan oleh LHDNM di bawah;

Kaedah Bayaran

Kaedah pembayaran STR fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 hingga 2 Februari 2024.
Penerima STR yang tiada akaun bank (termasuk Sabah dan Sarawak) pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 29 Januari 2024 (Isnin).
Kadar Tambahan STR – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Untuk makluman, penerima STR dari kategori miskin tegar dan miskin, layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu sumbangan tambahan berjumlah RM1,200 / RM600 melalui pembelian tanpa tunai mengikut kadar RM100 / RM50 sebulan dalam tempoh 12 bulan.
Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.
Semakan Status MyKasih
Bagi mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan asas barang dapur melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), terdapat 4 kaedah yang boleh dilakukan iaitu;
- Semakan terus melalui portal rasmi MyKasih dan MySTR
- Melalui surat pemakluman
- Sistem Pesanan Ringkas (sms blast)
- Menghubungi LHDNM, Kementerian Kewangan atau MyKasih
Semakan Melalui Portal MyKasih
Semakan secara online juga boleh dibuat melalui portal MyKasih seperti berikut;
- Langkah 1 – layari https://www.mykasih.com.my/
- Langkah 2 – masukkan nombor MyKad
- Langkah 3 – Klik SEMAK STATUS
Penerima yang layak, akan menerima status yang mengandungi maklumat berikut;
- Status – Layak
- Jumlah baki terkini
- Nama
- Nombor MyKad
- Program bermula
- Program berakhir

Pendaftaran dan Kemaskini PADU 2024
Pendaftaran dan kemaskini maklumat dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini boleh dibuat sama ada secara dalam talian mahupun melalui kaunter PADU yang dibuka.
Salah satu kepentingan mendaftar PADU adalah bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
Oleh yang demikian, daftar dan kemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU sekarang supaya tidak tercicir daripada bantuan dan subsidi Kerajaan Malaysia.
Kaedah Pendaftaran & Kemaskini PADU
Pendaftaran PADU boleh dibuat melalui 2 kaedah iaitu;
- Secara dalam talian melalui portal PADU https://padu.gov.my/
- Melalui kaunter PADU
FAQ (Soalan Lazim) Semakan Status STR Fasa 1
1. Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
2. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
3. Menghubungi LHDM
4. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
5. Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Mulai 29 Januari 2024 (Isnin)
Mulai 29 Januari 2024 (Isnin) di seluruh Cawangan BSN.
Permohonan STR 2024 yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
RM100 hingga RM500 mengikut kategori masing-masing. (Rujuk Gambar)
Kaedah Pembayaran STR adalah seperti berikut:
a) Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan
b) Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
i) Status pengkreditan gagal kredit; atau
ii) Tiada Maklumat akaun bank