Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online eGUMIS 2024

Bagi memudahkan urusan semakan wang tak dituntut, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah membangunkan portal eGUMIS yang membolehkan orang ramai membuat semakan ini secara atas talian (online).

Laporan akhbar Berita Harian pada April tahun lalu memaklumkan jumlah baki wang yang tidak dituntut di Jabatan Akauntan Negara Malaysia adalah RM11 bilion sehingga hujung Mac lalu.

Dengan adanya portal eGUMIS ini, sudah pasti anda dapat membuat semakan wang tidak dituntut dengan mudah secara online.

Apa Itu Wang Tidak Dituntut?

Wang tak dituntut bermaksud;

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun contohnya gaji, upah, bonus, dividen, simpanan tetap yang telah matang, dan lain-lain.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun. Contohnya ialah akaun simpanan, akaun semasa, simpanan tetap, 
  3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun. Contoh di bawah kategori ini ialah akaun pemiutang dagangan dan akaun penghutang dagangan berbaki kredit. 
RM11 Billion Wang Tidak Dituntut

Contoh-contoh Wang Tak Dituntut

  1. Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan; 
  2. Dividen; 
  3. Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan; 
  4. Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  5. Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput; 
  6. Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang; 
  7. Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai; 
  8. Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  9. Akaun simpanan; 
  10. Akaun semasa; 
  11. Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)
  12. Akaun pemiutang dagangan; 
  13. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit.

Sebenarnya ramai yang tak tahu memiliki wang tak dituntut. Laporan akhbar Kosmo pada tahun lalu memaklumkan seorang seorang pengunjung terkejut dimaklumkan memiliki wang yang tidak dituntut berjumlah RM12,000 hasil pemeriksaannya di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD).

Seorang penunjung terkejut miliki wang tak dituntuk RM12,000

Cara Semakan Wang Tidak Dituntut

Semakan Wang Tak Dituntut boleh dilakukan sendiri melalui beberapa kaedah berikut;

1. Di kaunter Pejabat Pendaftar WTD; atau

2. Pejabat Negeri dan Cawangan Jabatan Akauntan Negara Malaysia; atau

3. Semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia; ataupun

4. Portal https://egumis.anm.gov.my  

Semakan WTD secara Online eGumis

eGUMIS Wang tak dituntut login

Pemohon boleh membuat semakan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/

Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian.

Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.

Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.

Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Langkah 6 : Klik “Cetak”, jika perlu.

Siapa yang boleh buat semakan WTD secara online?

Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan Wang Tak Dituntut secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Permohonan Tuntutan WTD Secara Online

Permohonan tuntutan dibenarkan kepada pihak-pihak berikut:

  1. Empunya/pemilik WTD sendiri;
  2. Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  3. Pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan
  4. Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau 
  5. Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Borang Permohonan Tuntutan dalam talian boleh dilengkapkan setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.

Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan mengemukakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik WTD. 

Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/ 

Langkah 2 : Klik pada ruangan  “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk  membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)

Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih “Teruskan Dengan Permohonan”

Langkah 4 : Klik pada “Tambah Penerima” untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian “Simpan”.

Langkah 5  : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori “MANDATORI”

Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan.

Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.

Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.

Permohonan Tuntutan Individu

Sekiranya individu yang ingin membuat permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi jenis Insurans, Gaji, Dividen, Deposit, Cagaran,Akaun Dagangan, Legasi, dan lain-lain dokumen yang diperlukan adalah sebagaimana berikut;

  1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
  2. Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
  3. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan

  1.  Surat Pengesahan ASAL daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya maklumat eGUMIS tidak sama dengan maklumat pemohon/ pengenalan diri empunya) lengkap mengikut format yang ditetapkan.

Nota: Dokumen ASAL perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar dalam tempoh 07 hari berkerja daripada tarikh permohonan online dikemukakan

Keratan Akhbar 13 April 2023

Keratan Akhbar RM11 Billion Wang Tidak Dituntut

Info Lanjut dan Pertanyaan

Sebarang info lanjut mengenai WTD, boleh hubungi maklumat berikut;

Pendaftar Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
(Accountant General’s Department of Malaysia)
BAHAGIAN PENGURUSAN WANG TAK DITUNTUT
ARAS 1, BLOK UTARA, PERBENDAHARAAN 2
NO. 7, PERSIARAN PERDANA PRESINT 2
KOMPLEKS KEMENTERIAN KEWANGAN
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62594 PUTRAJAYA

Telefon: 03-8000 8600 (Talian AM/General Line)

Soalan Lazim (FAQ)

Apa itu Wang Tak Dituntut?

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu tahun
2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh tahun. 
3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua tahun. 

Bagaimana Cara Semakan Wang Tak Dituntut Secara Online?

https://egumis.anm.gov.my/

Siapa Yang Boleh Membuat Semakan WTD?

Individu dan syarikat/firma 

Adakah sebarang caj dikenakan bagi setiap permohonan tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD)?

Tiada sebarang caj dikenakan untuk permohonan tuntutan WTD yang dikemukakan kepada Pendaftar.

Scroll to Top