Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIAMP) membuka permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kepada para pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk sesi persekolahan 2022.
Bantuan ini khas untuk keluarga asnaf fakir dan miskin negeri Perak.
Kepada mereka yang ingin memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Perak ini dinasihatkan membaca dengan teliti syarat-syarat yang ditetapkan sebelum membuat permohonan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 April 2022 (JUMAAT).
Syarat-syarat Permohonan
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Negeri Perak.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan).
- Permohonan hanya terbuka kepada pelajar tingkatan empat (4) dan lima (5) sahaja.
- Tergolong dalam Asnaf Fakir / Miskin (tertakluk had kifayah).
- Tidak menerima bantuan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) atau bantuan daripada mana-mana pihak /agens
Manfaat
- Menerima biasiswa tahunan
- Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan
- Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk
Senarai Semak Dokumen Yang Perlu
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport pemohon
- Salinan Kad Pengenalan bapa / penjaga
- Salinan Kad Pengenalan ibu / pasangan penjaga
- Salinan Kad Pengenalan semua ahli isi rumah
- Salinan penyata pendapatan bapa / penjaga
- Salinan penyata pendapatan ibu / pasangan penjaga
- Salinan Sijil Kokurikulum
- Salinan penyata / buku akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) Al-Wadiah terkini (jika ada)
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG BANTUAN BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL PERAK daripada pelajat MAIPk terdekat.
Ataupun dengan memuat turun daripada portal rasmi MAIPk melalui pautan berikut;
https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20biasiswa%20pelajaran%20baitulmal.pdf
Hantar borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:
Unit Pembangunan Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak. |
Prosedur Mengisi Borang
- Borang ini mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
- Hanya borang yang lengkap akan diproses.
- Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
- Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
Info lanjut Permohoan
Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut:
019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk)
Sumber: Zakat Perak-MAIPk
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.