Bantuan RM500 Hari Raya Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Tahun 2022

Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Apa itu Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022?

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 2022

Bantuan kewangan ini  merupakan bantuan khas buat Kakitangan Awam dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri 2022/1443H.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

​​”Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.”

“Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi”.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebagaimana berikut;

  1. RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.
  2. RM250 kepada pesara kerajaan.Tarikh Bayaran

Penjawat Awam Yang Layak Dibayar

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah.

Bayaran ini  juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Pembayaran ini juga akan turut dipanjangkan kepada pegawai kontrak dan pesara yang dilantik semula secara Contract Of Service (COS) seperti ketetapan berikut:

  1. pegawai lantikan MySTEP yang tempoh kontraknya masih berkuat kuasa pada 25 April 2022;
  2. guru interim;
  3. pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya;
  4. pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman;
  5. pesara dan veteran yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 April 2022 layak dibayar sebanyak RM500.00; dan
  6. veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Bayaran BKKA 2022 layak diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana seperti berikut

  1. pegawai lantikan tetap, sementara dan COS
  2. pegawai yang bercuti bergaji penuh;
  3. pegawai yang bercuti separuh gaji.
  4. pegawai yang bercuti tanpa gaji.

Penjawat Awam Yang Layak Dibayar Bantuan Aidilfitri

Pembayaran ini tidak layak diberikan kepada pegawai-pegawai berikut:

  1. pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas,
  2. pegawai yang dijatuhkan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 April 2022;
  3. pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan. awam dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 April 2022;
  4. pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 25 April 2022; dan
  5. pegawai berpencen yang melepaskan hak pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau telah dikeluarkan surat pertuduhan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib akan ditangguhkan pemberian BKKA 2022 sehingga Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Tiada Syarat Lengkap Dos Imunisasi Covid-19 Untuk Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022

[TERKINI] Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh Kerajaan pada 5 April 2022 adalah untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi COVID-19 yang lengkap.

Perdana Menteri dalam kenyataan media pada 11 April mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022. Bagaimanapun perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai.

Menurut Perdana Menteri lagi, biarpun tidak diwajibkan (suntikan vaksinasi Covid-19), Kerajaan menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kesejahteraan bersama.

Kenyataan Media Berkaitan Bantuan Khas Kewangan Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022

Sukacita diumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022.

Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

#KeluargaMalaysia

#BekerjaBersamaRakyat

YAB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB

5 APRIL 2022

Scroll to Top