Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa MAIJ Jordan & Mesir 2021/2022

Berita baik buat pelajar Johor yang melanjutkan pengajian di Mesir atau Jordan. Anda kini boleh mohon Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAIJ yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Johor.

Terdapat 2 jenis dermasiswa pelajar yang boleh dimohon iaitu Dermasiswa pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir dan Dermasiswa Pelajar Universiti Jordan.

Mengenai Skim Bantuan Dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) Bagi Pelajar Di Mesir/Jordan

Skim bantuan Dermasiswa MAIJ ini disediakan khas untuk pelajar yang mengikuti pengajian di Mesir dan Jordan bagi sesi 2021/2022.

Ia merupakan salah satu daripada skim-skim bantuan ansaf yang disediakan bagi membantu mereka yang memerlukan berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada masyarakat Islam di dalam Negeri Johor.

Syarat dan Kelayakan

Kaedah Permohonan

Mereka yang ingin membuat permohonan  Skim Bantuan MAIJ bagi mengikuti pengajian di Jordan dan Mesir, sila lihat perincian permohonan berikut;

  1. Permohonan hendaklah di buat menggunakan Borang Bantuan Dermasiswa yang boleh di dapati melalui laman web www.maij.gov.my bermula 20 Oktober 2021 sehingga 20 November 2021. 
  2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan; 
    1. Sekeping gambar berukuran passport.
    2. Salinan kad pengenalan pelajar. 
    3. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga. 
    4. Salinan Slip Gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa / penjaga. 
    5. Surat tawaran pengajian universiti. 
    6. Salinan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)* 
    7. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 
    8. Salinan keputusan peperiksaan tahun pertama sehingga semasa (terkini) 
    9. Pengesahan tahun pengajian oleh Atase Pendidikan Johor di Mesir atau Pejabat Education Malaysia Jordan. 
  3. Borang beserta lampiran sokongan yang telah lengkap boleh dihantar ke email [email protected] (bagi Skim Dermasiswa). 
  4. Permohonan hendaklah dihantar ke email, manakala permohonan di Mesir salinan hardcopy hendaklah diserahkan kepada Pegawai Atase sebelum 20 November 2021. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh temuduga dilaksanakan, hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA. 

Borang Permohonan 

Borang Permohonan Skim Bantuan Dermasiswa Dan Pinjaman Pelajaran ini boleh diperolehi melalui pautan berikut;

http://www.maij.gov.my/muat_turun/bantuan/Borang_SkimBantuanDermasiswa_MAIJ.pdf 

Tempoh Permohonan

Tempoh permohonan dan penghantaran dokumen mulai 20 Oktober 2021 sehingga 20 November 2021

Sumber: MAIJ

Info dan Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Agihan Zakat (Unit Dermasiswa Dan Pinjaman Pelajaran) Majlis Agama Islam Negeri Johor di talian 07-2282935 07- 2282999 07-2282929 07-2282937 ext 308 atau melalui email.

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top