Friday, November 26, 2021
HomeBKCJumlah Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Wajar Dinaikkan - Senator

Jumlah Bantuan Khas Covid-19 (BKC) Wajar Dinaikkan – Senator

KUALA LUMPUR – Kerajaan wajar menaikkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang menyaksikan bayaran maksimum RM1,300 iaitu jauh lebih rendah berbanding pendapatan garis kemiskinan purata negara RM2,208 sebulan, Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, hakikatnya, banyak kes Covid-19 sudah dilaporkan di beberapa Program Perumahan Rakyat (PPR) sejak tahun lepas menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan terbabit dan menjejaskan pendapatan penduduk.

Beliau berkata, meskipun Putrajaya dan Kuala Lumpur adalah penempatan kategori bandar, kesan penutupan ekonomi lebih banyak memberi kesan kepada masyarakat bandar selain golongan miskin bandar yang mendiami PPR dan rumah kos rendah.

“Saya memohon perhatian agar Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dapat mempertimbangkan jumlah bantuan ini (BKC) dapat ditambah dalam usaha membantu warga miskin bandar pasca pandemik ini,” katanya pada sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara hari ini.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi yang memanfaatkan 10 juta penerima terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang berkelayakan.

Mohd Hisamudin turut mencadangkan agar kerajaan memperkenal semula pengecualian sewa PPR selama enam bulan di kawasan bandar bagi membantu golongan terbabit.

Senator Lim Hui Ying pula berharap kerajaan dapat melaksanakan strategi pelbagai cabang dan bukan sekadar bergantung kepada mekanisme harga siling berkaitan dasar menetapkan harga siling bagi perumahan mampu milik dalam pasaran sekunder.

Beliau khuatir harga siling akan menyebabkan pemilik rumah enggan melepaskan hak tanah mereka sehinggalah ia dinaikkan atau dimansuhkan.

“Justeru, bagi memastikan akses kepada perumahan mampu milik, perlu ada strategi pelbagai cabang. Contohnya, mekanisme sewa beli yang masih lagi belum dilaksanakan secara besar-besaran serta skim pembiayaan perkongsian dengan kerajaan menjadi rakan kongsi milikan rumah dan sebagainya,” katanya.

Hui Yin berkata, kerajaan juga patut mempertimbang lebih banyak skim rumah sewa bermutu tinggi dengan kadar sewaan rendah sebagai pilihan kepada mereka yang enggan terikat dengan pemilikan hak tanah.

Sementara itu, bayaran BKC fasa 2 akan dikreditkan pada November ini. Tarikh sebenar bayaran akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

Semakan dan Kemaskini BKC

Semakan status kelayakan boleh dibuat di portal rasmi BKC iaitu;

https://bkc.hasil.gov.my/

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan kemaskini maklumat akaun bank bagi yang berstatus gagal kredit / tiada akaun dan Wakil Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dibuka mulai 07 Oktober hingga 21 Oktober 2021 secara dalam talian di Portal Rasmi BKC dan juga boleh hadir ke Cawangan LHDNM.

Sila rujuk Portal Rasmi BKC ( https://bkc.hasil.gov.my ).

Sumber Berita: Sinar Harian

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments