Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan baharu bantuan usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan atau kekurangan modal ataupun yang ingin mengembangkan perniagaan.
Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 merupakan lanjutan daripada siri 1.0 yang telah dilancarkan oleh MAIWP pada bulan MAC yang lalu yang membantu asnaf dalam usaha meningkatkan taraf hidup asnaf di Wilayah Persekutuan.
Semoga Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah ini dapat membantu usahawan untuk meningkatkan perniagaan mereka.
Apa itu Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah?
Bantuan ini merupakan salah satu inisiatif MAIWP dalam membantu asnaf meningkatkan kehidupan melalui perniagaan.
Musa’adah Tijariyyah bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal kerja daripada dana zakat.
Jumlah Bantuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM3,000.00. Bantuan diberikan dalam bentuk modal pusingan
Syarat Dan Kaedah Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun
- Mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan :-
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan
- Salinan lengkap SSM yang masih aktif
- Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)
- Borang Permohonan boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my / boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).
- Permohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 18 November 2021.
- Lokasi penghantaran borang :-
- Pusat Agihan Zakat (PAZA)
- MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya
- Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan.
Lain-lain Syarat
- Perniagaan adalah sumber utama pendapatan iaitu sepenuh masa menjalankan aktiviti perniagaan dengan melakukan pengisytiharan melalui akuan sumpah.
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu Berdaftar sekurang-kurangnya 02 bulan dari tempoh permohonan dan SSM masih aktif.
Lokasi/Tapak Yang Dibenarkan
- Premis perniagaan boleh sama ada di dalam / luar Wilayah Persekutuan
- Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:
- Perniagaan bergerak
- Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor
- Pelatih/ penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang
Jenis Perniagaan Yang Dibenarkan
- Makanan dan minuman
- Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)
- Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)
- Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan
Tarikh Permohonan
Permohonan Musa’adah Tijariyyah 2.0 ini dibuka mulai 16 Oktober 2021 dan dilanjutkan sehingga 18 November 2021.
Cara Memohon
Mereka yang berminat boleh mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi di laman portal MAIWP atau melalui pautan di bawah;
Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke ;
- Pusat Agihan Zakat (PAZA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
- MAIWP cawangan Putrajaya dan Labuan
Makluman Tambahan
- Keputusan yang LAYAK akan dimaklum melalui SMS.
- Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup. Maka permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
- Setiap pemohon yang LAYAK perlu mengikut kursus perniagaan sebelum penyaluran bantuan.
Info dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Usahawan Musa’adah Tijariyyah 2.0 ini sila hubungi +6019 224 2572
- Facebook MAIWP: https://www.facebook.com/maiwphq
- Instagram MAIWP: https://www.instagram.com/hqmaiwp/
- Twitter MAIWP: https://twitter.com/maiwphq
- Laman web: https://www.maiwp.gov.my/
- YouTube MAIWP: MAIWP TV
Sumber: Portal MAIWP
PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.