Friday, November 26, 2021
HomeBantuan IPTPermohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP Dalam Negara Sesi 2021/2022

Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP Dalam Negara Sesi 2021/2022

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar- pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2021/2022 untuk memohon biasiswa baitulmal tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

TAWARAN BIASISWA BAITULMAL MAIWP PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM DALM NEGARA SESI 2021_202

Institusi Pengajian Yang Di Taja & Bidang Tajaan

Terdapat 20 institusi pengajian yang ditaja untuk pengajian dalam negara bagi program-program di Institusi Awam (UA) iaitu;

​​1. Universiti Malaya (UM)

2. Universiti Sains Malaysia (USM)

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4. Universiti Putra Malaysia (UPM)

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 

8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10. Universiti Utara Malaysia (UUM)

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

12. Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

13. Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)

14. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Bidang tajaan adalah sebagaimana berikut;

PERINGKAT PENGAJIANBIDANG PENGAJIANKURSUS
Ijazah Sarjana MudaKlinikal dan KesihatanPerubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
Ijazah Sarjana MudaSasteraPengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.
Ijazah Sarjana MudaSains SosialPerakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.
Ijazah Sarjana MudaKejuruteraanElektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.

Syarat-syarat Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP

1- Syarat-syarat Asas:-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
  4. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2021/2022) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
  5. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
  6. Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
  7. Program Diploma/Ijazah Sarjana Muda bagi kali pertama sahaja.

2- Syarat-syarat Khusus:-

  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keseluruhan termasuk prinsipal A bagi Pengajian Am; atau
  • Memperolehi Mumtaz bagi keputusan keseluruhan dalam Siijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 ; atau
  • Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies pada tahun 2020/2021 dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 di akhir semester.

Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon

Calon yang tidak layak memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP adalah sebagaimana berikut;

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
  2. Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
  3. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra-universiti / A-Level / O-Level atau yang setara .
  4. Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
  5. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma / Ijazah dalam tahun kedua dan ke atas
  6. Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  7. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.

Cara Memohon

Permohonan Biasiswa Baitulmal MAIWP boleh dibuat mulai 15 Oktober 2021 dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat di alamat berikut:

i. Cawangan-Pusat Agihan Zakat (PAZA); atau

ii. Cawangan WP Putrajaya (bagi pemastautin WP Putrajaya); atau

iii. Cawangan WP Labuan (bagi pemastautin WP Labuan)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter Bahagian Baitulmal Aras 1 (Ibu Pejabat) atau di mana-mana cawangan Baitulmal (PAZA) di Wilayah Persekutuan.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 15 Oktober hingga 29 Oktober 2021 (Jumaat).

Maklumat Tambahan

​​1- Borang permohonan secara ONLINE (muat turun) mestilah dicetak menggunakan kertas berwarna PUTIH.

2- Sila pastikan borang permohonan diisi dan dilampirkan dengan dokumen LENGKAP. Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.

3- Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

4- Sebarang pertanyaan berkaitan biasiswa boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-40477600 sambungan 7411/7410/7631 (Unit Pembangunan Akademik- IPTL)

Pertanyaan dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai tawaran Biasiswa Baitulmal MAIWP bagi mengikuti pengajian dalam negara untuk sesi 2021/2022 sila hubungi +6011-6334 1773.

Senarai Semak Biasiswa Dalam Negara 2021

Borang Bantuan Baitulmal 1

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2021

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

Recent Comments