Permohonan Program Pengurusan Ketahanan Kewangan (URUS) B50

Kerajaan mengumumkan Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan URUS untuk membantu peminjam B50 di negara ini.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada 13 Oktober yang lalu.

Apa Itu URUS?

URUS membantu pelanggan B50 yang layak meringankan masalah kewangan akibat daripada pandemik COVID-19 dan memberikan sokongan menyeluruh untuk ketahanan kewangan jangka panjang.

URUS menyediakan pelan kewangan peribadi yang holistik dengan mengambil kira keadaan kewangan anda dan kemampuan untuk membayar semua obligasi kewangan. Sokongan kepada aliran tunai memberi anda ruang bernafas untuk mengukuhkan kembali kedudukan kewangan anda.

Pelanggan yang layak boleh membuat permohonan untuk program URUS melalui salah satu daripada bank mereka dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022. Bank akan memberitahu anda mengenai proses permohonan menghampiri tarikh ini.

  • URUS_01
  • URUS_02 Syarat Kelayakan
  • URUS_03 Bantuan yang Ditawarkan
  • URUS_04 Tarikh permohonan

Kelayakan Untuk Menerima URUS

Pelanggan B50 yang memenuhi SEMUA kriteria berikut layak memohon URUS:  

  • Telah pun berada di bawah program bantuan bayaran balik pinjaman/pembiayaan (seperti Bantuan Bayaran Balik Bersasar, PEMERKASA Plus, PEMULIH, penjadualan dan penstrukturan semula oleh pihak bank dan sebagainya) pada 30 September 2021; dan  
  • Mempunyai pendapatan isi rumah sehingga RM5,8801 ; dan  
  • Mempunyai pinjaman/pembiayaan yang sudah pun berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman/pembiayaan pada 30 September 2021 (tiada tunggakan melebihi 90 hari) semasa tarikh permohonan; dan  
  • Mengalami kehilangan pekerjaan atau pengurangan gaji sekurang-kurangnya 50%. 

Nota: Bank anda boleh memohon dokumen asas untuk mengesahkan kelayakan anda.

Bantuan yang Ditawarkan

  • Anda akan menerima Pelan Kewangan Mengikut Individu (Personalised Financial Plan, PFP) yang menetapkan jumlah ansuran bulanan dan jadual bayaran balik pinjaman untuk tempoh sehingga 24 bulan.
  • PFP akan merangkumi:
    • Pengecualian faedah selama 3 bulan;
    • Penangguhan bayaran dan pilihan lain, termasuk pengurangan bayaran ansuran, bagi membantu anda menguruskan keseluruhan hutang berdasarkan kemampuan anda; dan
    • Sokongan pembangunan, pendidikan dan khidmat nasihat bagi membantu anda menguruskan kewangan supaya menjadi lebih berdaya tahan dari segi kewangan.

Tarikh Permohonan

Permohonan untuk URUS dibuka dari 15 November 2021 hingga 31 Januari 2022. 

Cara Memohon

Anda perlu memohon untuk menyertai URUS melalui salah satu daripada bank anda.

Info dan Maklumat Lanjut

Lawati  akpk.org.my/my/urus atau bnm.gov.my/urus untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai URUS.

Untuk mendapatkan nasihat dan bimbingan kewangan selanjutnya, sila hubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Kenyataan Media Mengenai URUS B50

Kenyataan Media URUS B50 (1)
Kenyataan Media URUS B50 (2)

Sumber: Bank Negara Malaysia (BNM) & AKPK

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top