PERCUMA!! Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar IPT Sepenuh Masa.
Berkuatkuasa pada 4 Februari 2021, Usahawan Kumpulan B40 dan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) yang ingin mendaftarkan perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 akan dikecualikan daripada dikenakan sebarang bayaran.
Skim ini dilberikan secara percuma dan dilaksanakan sehingga peruntukan geran ini habis digunakan.
Apa Itu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah melancarkan insiatif pendaftaran perniagaan secara PERCUMA melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPTA/IPTS/Kolej/Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian di dalam negara.
Sehingga kini lebih 36,927 usahawan sudah mendaftar perniagaan di bawah Skim SPPP ini.
Pengecualain Fi Pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin
Pengecualian Fi pendaftaran perniagaan adalah seperti berikut;
- Perniagaan milikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30 setahun;
- Perniagaan milikan tunggal atau perniagaan perkongsian (rakan kongsi terdiri dari kategori kumpulan yang layak memohon skim ini) menggunakan nama tred – RM60 setahun; dan
- Cetakan maklumat – RM10.
Nota: SPPP ini diberikan untuk tempoh satu tahun perniagaan sahaja (1 kali permohonan sahaja) sepanjang tempoh pelaksanaan skim ini dijalankan. Pembaharuan dan cawangan sekiranya ada dikenakan bayaran seperti biasa.
Syarat Kelayakan
Kategori permohonan yang layak untuk skim ini seperti berikut:
(a) Kategori Usahawan Kumpulan B40:
- Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPN 2.0) bagi golongan B40 atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR); dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

(b) Kategori Pelajar IPT Sepenuh Masa:
- Warganegara & Penduduk Tetap berumur 18 tahun dan ke atas mengikut syarat pendaftaran perniagaan;
- Pengajian belajar/kursus secara sepenuh masa di mana-mana IPTA/ IPTS/ Politeknik/ Kolej/ Institut Kemahiran/ Pusat Kemahiran di dalam negara; dan
- Tiada rekod entiti perniagaan yang masih aktif di SSM.

Cara Pendaftaran

Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di laman web berikut;
- Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz Online terlebih dahulu.
- Sila rujuk Tatacara Mendaftar Akaun Pengguna Ezbiz dan
- Tatacara Pengguna Ezbiz Pendaftaran Perniagaan Baru (Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin)
Nota: Pemohon boleh memilih untuk mendaftar perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian (rakan kongsi hendaklah terdiri dari 2 kategori yang dinyatakan sahaja) seperti dinyatakan di perkara 5).
Panduan Pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP)
Berikut merupakan panduan pendaftaran SPPP bagi Usahawan B40 dan Pelajar IPT sepenuh masa;





Info Lanjut dan Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut mengenai skim ini, boleh hubungi maklut berikut;
- Telefon pusat panggilan SSM = 03-77214000 atau;
- Emel ke [email protected].
- Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ssm.com.my
Rebut peluang mendaftar perniagaan anda secara PERCUMA dengan initiatif Pendaftaran Perniagaan Perniagaan Prihatin (SPPP).