TEKUN Nasional terus memperkasa usahawan B40 melalui Skim Pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS) !
Menerusi inisiatif ini , pemohon berpeluang mendapat pembiayaan sehingga RM 3,000 dengan tempoh bayaran balik antara 6 bulan hingga 9 bulan.
Apa Itu Skim Pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS)?
Skim ini merupakan salah satu produk di bawah TEKUN Nasional yang menyediakan pembiayaan berasingan kepada usahawan B40.

Jumlah dan Tempoh Pembiayaan
- Pembiayaan yang disediakan adalah dari RM1,000 sehingga RM3,000.
- Tempoh pembiayaan adalah antara 6 bulan dan 9 bulan.
Kadar Keuntungan
Kadar keuntungan yang dikenakan bagi Skim Pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS) adalah sebanyak 2% untuk tempoh 6 bulan.
Kelayakan
- Pemohon mestilah telah membuat pembiayaan Skim Pembiayaan TEMAN 2.0 atau TEMANNITA 2.0
- Bumiputera
- Berumur 18 – 60 tahun
- Telah menjalankan perniagaan
- Telah melebihi tempoh separuh bayaran balik Skim Pembiayaan TEMAN 2.0 atau TEMANNITA 2.0
- Rekod kehadiran yang baik dan bayaran balik tanpa tunggakan serta memuaskan
Bayaran Balik Pinjaman
Berikut adalah jadual bayaran balik pinjaman;

Cara Memohon
Peserta boleh merujuk atau hadir ke Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan untuk mendapatkan penerangan lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.
Mengenai Tekun Nasional
TEKUN Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998.
Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Kini TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan.
Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata.
Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawan.
Peruntukan Untuk TEKUN Melalui Belanjawan 2023
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan RM330 juta termasuk RM10 juta bagi membantu membantu belia daripada keluarga susah meraih pendapatan melalui perniagaan.
Produk-produk Tekun
Terdapat 12 produk TEKUN dalam membantu usahawan-usahawan di Malaysia seperti berikut;
- Skim Pembiayaan Industri Sukan
- Skim Pembiayaan TEKUN Niaga
- Soalan Lazim Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)
- Skim Pembiayaan Program TemanNita
- Skim Pembiayaan TEMAN TEKUN
- Skim Pembiayaan Kontrak-i
- AR-RAHNU Tekun
- Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)
- Program Khas
- Kelab Komuniti Usahawan TEKUN (KKUT)
- Skim Pembiayaan Kepada Komuniti Lain
- Institut Keusahawanan TEKUN Nasional
Info Lanjut
Sebarang info lanjut dan terkini sila layari;
- Laman portal TEKUN https://www.tekun.gov.my/
- Facebook TEKUN Nasional
- Laman portal Belanjawan 2023 Kementerian Kewangan Malaysia https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/tekun-plus.html
- Atau salurkan pertanyaan anda melalui email atau telefon seperti berikut
- Emel: [email protected]
- Telefon: 03-9059 8888