Skim Perubatan Madani: Semakan Kelayakan dan Lokasi Rawatan

Kerajaan memperkenalkan Skim Perubatan Madani yang akan memanfaatkan 700,000 isi rumah dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Ketika pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Skim Perubatan Madani sebagai antara inisiatif kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di hospital kerajaan.

Ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes akut) di klinik pengamal perubatan swasta umum (GP) berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan.

Apa Itu Skim Perubatan Madani?

Skim ini merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah skim ini.

Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Fasa rintis skim ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.

Tempoh Manfaat

Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Siapa Yang Layak?

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
  • Kelayakan adalah secara automatik.
  • Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Manfaat Di Bawah Skim Ini

Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI. 

Jumlah Manfaat Kelayakan

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk skim ini ialah (sehingga Disember 2023) : 

  1. Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
  2. Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
  3. Bujang – RM75 

Had manfaat Skim akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.

Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani

Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini. 

Langkah untuk Mendapatkan Rawatan Skim Perubatan MADANI

Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di laman sesawang.

>>Semak Kelayakan<<

Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan.

>>Cari Klinik Skim Perubatan MADANI<<

Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.

Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang tersebut

Penerima yang layak hanya perlu membawa Kad Pengenalan untuk semakan kelayakan di Klinik. 

Senarai Simpton Yang BOLEH Dirawat di Bawah Skim ini

Skim ini merangkumi Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut seperti: 

  1. Demam dan Selsema 
  2. Cirit-birit dan Muntah 
  3. Terseliuh 
  4. Sakit kepala 
  5. Trauma Ringan seperti luka ringan
  6. Dan lain-lain
Iklan Skim Perubatan Madani Kementerian Kesihatan Malaysia

Senarai Rawatan Yang TIDAK TERMASUK Dalam Manfaat Skim 

Senarai di bawah TIDAK TERMASUK di dalam senarai rawatan Skim ini: 

  1. Imunisasi/Vaksin Rutin 
  2. Saringan Kesihatan  
  3. Rawatan Susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Rutin 
  4. Rawatan Susulan Ibu dan Anak Rutin (Contoh: Pemeriksaan Kandungan Berkala
  5. Perancangan Keluarg
  6. Perkhidmatan Rehabilitasi (Contoh: Fisitoterapi dan Terapi Pemulihan Carakerja
  7. Permintaan Ubat tanpa konsultasi Doktor
  8. Permintaan Suplementasi 

Lokasi Liputan dan Rawatan

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). 

Carian klinik yang berdaftar di bawah skim ini boleh dilakukan melalui laman portal berikut;

https://kelayakan-spm.protecthealth.com.my/find-clinics

  • Plih negeri
  • Kemudian pilih  daerah / bandar
  • Klik cari

Info Lanjut dan Pertanyaan

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah Skim Perubatan Madani?

Skim ini merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut)

Apakah manfaat di bawah skim ini?

Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Siapakah yang layak menerima Skim ini?

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang. 

Penerima yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK MENERIMA mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain seperti Iltizam Selangor Sihat, Perak Prihatin dan lain-lain.

Apakah kaedah untuk membuat semakan kelayakan?

Semakan boleh dibuat melalui laman portal berikut: http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani


Berapakah jumlah manfaat bagi setiap kategori?

Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) : 
– Isi Rumah Berkeluarga – RM250 
– Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125 
– Bujang – RM75 
 
Had manfaat akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang mereka


Bagaimanakah saya hendak menyemak baki had manfaat kelayakan?

Baki had manfaat kelayakan boleh disemak melalui Klinik Perubatan Swasta sewaktu lawatan untuk mendapatkan rawatan dilakukan atau boleh menghubungi talian di +603-8687 2525.

Scroll to Top