Tarikh & Jadual Pembayaran STR Fasa 4 Melalui Maybank

Ini merupakan beberapa info mengenai pembayaran STR Fasa 4 melalui kredit akaun ke dalam akaun Maybank.

Sebagaimana yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini, bayaran bagi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR fasa 4) disalurkan sebelum Deepavali iaitu mulai Selasa 7 November 2023.

Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.

Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 . 

Apa yang menariknya penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Dah buat kemaskini STR 2023? Baca juga;

Tarikh Pembayaran

Tarikh Bayaran STR Fasa 4 - Infografik LHDNM
Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Untuk fasa 4, tarikh pembayaran secara rasminya adalah secara berperingkat mulai 7 November 2023 (Selasa).

Ramai yang ternanti-nantikan pembayaran STR fasa 4 melalui MAYBANK kerana yang menggunakan akaun sudah BSN masuk awal kali ini.

Semakan Dahulu Status Kelayakan

Semakan status kelulusan boleh dibuat melalui;

  1. Layari laman sesawang https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/   atau
  2. Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747

Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana contoh berikut;

Maklumat status dan bayaran STR fasa 4

Bagi yang layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Tarikh Kredit
  2. No.Pengenalan Akaun Dikredit
  3. Nama Fasa
  4. Jumlah Dikredit
  5. Status Kredit
  6. Nama Bank
  7. No Akaun
  8. Kod Tidak Berjaya
  9. Tarikh Tunai
STR Fasa 4 dalam proses pengkreditan

Maybank Dah Masuk?

Beberapa rakan netizen memaklumkan sudah menerima bayaran STR Fasa 4 melalui Maybank pada 7 November 2023 secara berperingkat.

Berikut adalah beberapa screen shot (tangkap layar) perkongsian mereka.

Marion Low Maybank Dah masuk fasa 4
Karq Chirq Maybank Dah masuk fasa 4
Caroline James Maybank Dah masuk fasa 4

Untuk makluman, pembayaran melalui pengkreditan ke dalam akaun Maybank dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak Maybank.

Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet Maybank2u atau Mesin Teler Automatik (ATM) Maybank.

Semakan secara perbankan melalui Maybank Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;

https://www.maybank2u.com.my/

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.

Dengan lebih 5.22 juta penerima STR sedia ada  dan lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. 

Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.

Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.

Berapa Saya Dapat Untuk STR Fasa 4?

Untuk fasa 4, terdapat 2 kategori penerima iaitu;

  1. Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
  2. Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1200

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – Tiada Bayaran
  2. Bil anak 1-2 – RM100
  3. Bil anak 3-4 – RM300
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM500

Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • Tiada bayaran

* Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang kerana hanya menerima untuk fasa 1, 2 dan 3 sahaja.

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 4 Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Jumlah STR Fasa 4 Bagi Bukan Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2

Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

  1. Bil anak 0 – RM400
  2. Bil anak 1-2 – RM600
  3. Bil anak 3-4 – RM900
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

  1. Bil anak 0 – RM200
  2. Bil anak 1-2 – RM300
  3. Bil anak 3-4 – RM400
  4. Bil anak 5 dan ke atas – RM500

 Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000

  • RM200

Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah

  • RM300

Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;

Jumlah STR Fasa 4 Bagi Permohonan Baharu STR iaitu bukan penerima fasa 1 dan fasa 2

Cara Bayaran

Pembayaran akan buat secara berperingkat.

Bagi isi rumah, warga emas tiada pasangan dan individu bujang (kategori rayuan) yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara rasminya mulai 7 November 2023.

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BS) mulai 7 November 2023.

Notis BSN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4_01

Siaran Media Kementerian Kewangan Malaysia Fasa 4 & Rayuan STR

  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_01
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_02
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_03
  • Siaran Media Kementerian Kewangan STR Fasa 4_04

FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran STR Fasa 4

STR Masuk Bila Untuk Fasa 4?

Mulai 7 November 2023 (Selasa) secara berperingkat

Maybank Bila Masuk Akaun?

Ada yang dah masuk hari ini (7 November). Kalau tak hari ni, esok atau lusa. Yang belum dapat harap bersabar kerana disalurkan secara berperingkat.

Berapa Dapat Untuk STR Fasa 4 (November)?

RM100 hingga RM1200 untuk penerima sedia ada
Sehingga RM2500 untuk rayuan STR.

Bagaimana cara semakan?

https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/

Scroll to Top