Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 4 kini dalam proses penyaluran secara berperingkat mulai 7 November 2023 (Selasa) kepada penerima yang layak dari kategori Isi rumah, Warga emas tiada pasangan dan golongan bujang.
Turut menerima bayaran adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 . Penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Kementerian Kewangan juga memaklumkan seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.
Namun ramai yang bertanya bermacam-macam soalan mengenai pembayaran fasa 4 STR ini.
Oleh yang demikian, LHDNM telah senaraikan maklumat lengkap mengenai pembayaran fasa 4 beserta rayuan ini dalam soalan lazim di portal MySTR.
Tarikh Bayaran
Fasa 1 (Telah Di Bayar)
Mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat
Fasa 2 (Telah Di Bayar)
Mulai 05 April 2023 secara berperingkat
Fasa 3 (Telah Di Bayar)
Mulai 26 Jun 2023 secara berperingkat.
Fasa 4 (Dalam Proses)
- Mulai 07 November 2023 secara berperingkat
Kelayakan Penerima STR Fasa 4
Pemohonan STR yang layak menerima bayaran STR adalah merujuk kepada Permohonan STR berstatus Lulus dan melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 7 November 2023 melalui:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store pada telefon bimbit; atau
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau Hadir ke LHDNM yang berhampiran.
Sekiranya anda membuat semakan status pembayaran melalui Portal Rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my caranya adalah sebagaimana berikut;
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- a) Status Permohonan Rayuan
- Lulus
- Tidak Lulus
- b) Maklumat Bayaran (Jika ada)
- a) Status Permohonan Rayuan
Bagi yang layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
Kadar dan Amaun Pembayaran
Untuk fasa 4, terdapat 2 kategori penerima iaitu;
- Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
- Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2
Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM600
- Bil anak 3-4 – RM900
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1200
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada Bayaran
- Bil anak 1-2 – RM100
- Bil anak 3-4 – RM300
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000
- RM200
Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Tiada bayaran
* Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang kerana hanya menerima untuk fasa 1, 2 dan 3 sahaja.
Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;
Jumlah STR Fasa 4 Bagi Bukan Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM400
- Bil anak 1-2 – RM600
- Bil anak 3-4 – RM900
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM300
- Bil anak 3-4 – RM400
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000
- RM200
Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah
- RM300
Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;
Jumlah Bayaran Jika Perubahan Status Perkahwinan
Saya telah menerima bayaran STR Fasa1 dan Fasa 2 bagi kategori Bujang. Semasa tempoh permohonan STR, saya telah mengemaskini permohonan sebagai status kahwin. Berapakah bayaran STR yang akan saya terima?
Jumlah pembayaran STR bagi permohonan yang melibatkan perubahan status perkahwinan adalah sebagaimana dalam jadual di bawah;
Jumlah Bayaran Rayuan STR
Jumlah pembayaran Rayuan STR 2023 adalah seperti jadual di bawah;
Kaedah Pembayaran STR Fasa 4
Pembayaran STR Fasa 4 adalah seperti berikut:
- Kredit ke Akaun Bank – Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat
- Tunai di Kaunter BSN – Pembayaran akan dilakukan secara tunai kepada penerima sekiranya:
- Status pengkreditan gagal kredit
- Tiada Maklumat akaun bank
Kaedah Bayaran Bagi Yang Tidak Melaporkan Maklumat Akaun Bank
Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa tempoh pendaftaran / kemas kini STR, pembayaran STR adalah seperti berikut:Sekiranya anda tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa tempoh pendaftaran / kemas kini STR, pembayaran STR adalah seperti berikut:
i. Pasangan adalah warganegara dan melaporkan maklumat akaun bank
– Pengkreditan ke akaun bank pasangan akan dibuat
ii. Pasangan adalah warganegara dan ada melaporkan maklumat akaun bank, tetapi pembayaran STR berstatus gagal kredit
– Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
iii. Pasangan tidak melaporkan maklumat akaun bank
– Pembayaran secara tunai di BSN kepada pemohon
Kaedah Pembayaran STR Fasa 4 Penerima pedalaman Sabah / Sarawak
Penerima pedalaman Kaedah pembayaran bagi penerima pedalaman Sabah / Sarawak adalah seperti berikut:
- Mempunyai maklumat akaun bank – Pengkreditan ke akaun bank penerima / pasangan yang didaftarkan
- Tiada maklumat akaun bank – Pembayaran sekaligus secara tunai di cawangan BSN.
Lain-Lain Soalan Lazim Pembayaran STR Fasa 4
Anda boleh menyemak maklumat pembayaran STR dengan Log masuk MySTR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran. Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
i. Nombor Pengenalan Akaun Kredit
ii. Nombor Pengenalan Akaun Kredit
iii. Fasa Pembayaran
iv. Jumlah Dikredit
v. Status Kredit
vi. Nama Bank
vii. No Akaun Bank
Tidak. Baki bayaran fasa seterusnya hanya diterima oleh pemohon STR berstatus Lulus yang telah melepasi semakan verifikasi kelayakan.
Ya. Bayaran STR Fasa 3 mengambil kira kategori permohonan STR yang telah didaftarkan / dikemas kini dan telah melalui proses semakan kelayakan yang telah ditetapkan.
Tidak kerana anda telah menerima keseluruhan jumlah bayaran STR. Rujuk soalan 4 (ii) dalam Soalan Lazim di portal MySTR
Tidak kerana anda telah menerima keseluruhan jumlah bayaran STR bagi kategori Isi Rumah (Kahwin) Tiada Maklumat Anak dengan pendapatan melebihi RM2,501. Rujuk soalan 3 (i) (a) dalam Soalan Lazim di portal MySTR
Pembayaran STR Fasa 3 adalah berdasarkan maklumat terkini yang telah didaftarkan / dikemas kini semasa tempoh pendaftaran STR dan telah melalui proses semakan verifikasi bagi penentuan kelayakan.
Proses pengeluaran wang STR adalah seperti proses semasa yang dipraktiskan oleh Institusi Kewangan. Waris perlu hadir ke Bank berdasarkan maklumat bank yang didaftarkan pada permohonan STR bagi tindakan selanjutnya.
Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:
i. Mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan menyatakan nama penuh, nombor Mykad / Nombor Pengenalan, alamat surat menyurat dan sebab pemulangan;
ii. Lampirkan draf / cek yang mengandungi jumlah bayaran atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan
iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2 62592
PUTRAJAYA
Untuk lebih terperinci, sila rujuk maklumat berikut;
https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN_STR_2023.pdf
Sumber: MySTR