Ini merupakan beberapa info terkini mengenai pembayaran STR Fasa 4 melalui kredit akaun ke dalam akaun CIMB Bak.
Sebagaimana yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini, bayaran bagi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR fasa 4) disalurkan sebelum Deepavali iaitu mulai Selasa 7 November 2023.
Seramai 5.22 juta penerima STR sedia ada bakal menerima bantuan tunai sehingga RM1,200.
Turut menerima bantuan tunai di bawah STR Fasa 4 adalah lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 .
Apa yang menariknya penerima yang lulus Rayuan STR 2023 akan menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Dah buat kemaskini STR 2023? Baca juga;
Tarikh Pembayaran
Untuk fasa 4, tarikh pembayaran secara rasminya adalah secara berperingkat mulai 7 November 2023 (Selasa).
Ramai yang ternanti-nantikan pembayaran STR fasa 4 melalui CIMB kerana yang menggunakan akaun sudah BSN masuk awal kali ini.
Semakan Dahulu Status Kelayakan
Semakan status kelulusan boleh dibuat melalui;
- Layari laman sesawang https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/ atau
- Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Hotline STR melalui talian 1800-88-2747
Sekiranya anda membuat semakan melalui online di portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;
- Layari https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/
- Klik Log Masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Permohonan
Pemohon yang layak akan menerima status permohonan “LULUS” beserta amaun kelulusan asas STR dan juga jumlah yang telah dibayar sebagaimana contoh berikut;
Bagi yang layak STR fasa 4, maklumat yang akan dipaparkan adalah sebagaimana berikut;
- Tarikh Kredit
- No.Pengenalan Akaun Dikredit
- Nama Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Kod Tidak Berjaya
- Tarikh Tunai
CIMB Dah Masuk?
Beberapa rakan netizen memaklumkan sudah menerima bayaran STR Fasa 4 melalui CIMB pada 7 November 2023.
Berikut adalah beberapa screen shot (tangkap layar) perkongsian mereka.
Untuk makluman, pembayaran STR fasa 4 melalui pengkreditan ke dalam akaun CIMB dilakukan secara berperingkat berdasarkan maklumat penerima yang telah dikemukakan oleh LHDNM kepada pihak CIMB.
Pelanggan dinasihatkan untuk membuat semakan akaun masing-masing melalui perbankan internet CIMB Clicks atau Mesin Teler Automatik (ATM) CIMB Bank.
Semakan secara perbankan melalui CIMB Click boleh dibuat melalui portal rasmi berikut;
https://www.cimbclicks.com.my/
Kenapa Duit STR Belum Masuk?
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing dan dibuat secara berperingkat.
Dengan lebih 5.22 juta penerima STR sedia ada dan lebih daripada 280,000 penerima baharu yang diluluskan untuk Rayuan STR 2023 sudah pasti ia akan mengambil sedikit masa sebelum dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Jadi kalau belum masuk lagi pada pada hari ini, jangan risau kerana bayaran dibuat secara berperingkat. Ini kerana jumlah yang besar dan bilangan penerima yang ramai ini memerlukan sedikit masa pembayaran.
Sekiranya anda lewat menerima bayaran ini, diharapkan bersabar kerana pembayaran dibuat mengikut bank masing-masing.
Berapa Saya Dapat Untuk STR Fasa 4?
Untuk fasa 4, terdapat 2 kategori penerima iaitu;
- Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
- Penerima bagi Permohonan Baharu STR / Bukan Penerima Fasa 1 dan Fasa 2
Jumlah Bayaran Bagi Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
Bagi penerima sedia ada iaitu penerima bayaran STR fasa 1 dan fasa 2, jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM600
- Bil anak 3-4 – RM900
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1200
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – Tiada Bayaran
- Bil anak 1-2 – RM100
- Bil anak 3-4 – RM300
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000
- RM200
Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Tiada bayaran
* Untuk makluman bagi kategori bujang, fasa 4 tiada lagi bayaran bagi kategori bujang kerana hanya menerima untuk fasa 1, 2 dan 3 sahaja.
Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;
Jumlah STR Fasa 4 Bagi Bukan Penerima Pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2
Bagi penerima permohonan baharu STR (bukan penerima fasa 1 dan fasa 2), jumlah bayaran adalah sebagaimana berikut;
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM400
- Bil anak 1-2 – RM600
- Bil anak 3-4 – RM900
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM200
- Bil anak 1-2 – RM300
- Bil anak 3-4 – RM400
- Bil anak 5 dan ke atas – RM500
Warga emas berumur lebih 60 tahun tiada pasangan dengan pendapatan bawah RM5,000
- RM200
Bujang berumur 21-59 tahun pendapatan RM2,500 & ke bawah
- RM300
Untuk lebih detail, sila lihat jadual terkini bayaran yang dikeluarkan oleh LHDNM;
Cara Bayaran
Pembayaran akan buat secara berperingkat.
Bagi isi rumah, warga emas tiada pasangan dan individu bujang (kategori rayuan) yang mempunyai akaun bank, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing secara rasminya mulai 7 November 2023.
Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama. Penerima STR yang tada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BS) mulai 7 November 2023.
Penerima STR Layak Skim Perubatan Madani
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI.
Tempoh Manfaat
Program ini dilaksanakan mulai 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.
Siapa Yang Layak?
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang.
- Kelayakan adalah secara automatik.
- Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
Jumlah Manfaat Kelayakan
Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk Skim Perubatan MADANI ialah (sehingga Disember 2023.) :
- Isi Rumah Berkeluarga – RM250
- Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
- Bujang – RM75
Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka.
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan boleh dilakukan melalui laman web berikut; http://www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani.
Kelayakan adalah secara AUTOMATIK sewaktu lawatan ke Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim ini.
Info lanjut mengenai Skim Perubatan Madani, sila lihat;
https://bantuanrakyat.my/skim-perubatan-madani/
FAQ (Soalan Lazim) Jadual Bayaran STR Fasa 4
Mulai 7 November 2023 (Selasa) secara berperingkat
Ada yang dah masuk hari ini (7 November). Kalau tak hari ni, esok atau lusa. Yang belum dapat harap bersabar kerana disalurkan secara berperingkat.
RM100 hingga RM1200 untuk penerima sedia ada
Sehingga RM2500 untuk rayuan STR.
https://bantuantunai2023.hasil.gov.my/