Monday, December 5, 2022
HomeSemasaPrasarana Tawar Tambang Percuma Selama 9 Hari Kepada Oku

Prasarana Tawar Tambang Percuma Selama 9 Hari Kepada Oku

Bersempena dengan sambutan Hari OKU Sedunia 2021, Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) menawarkan tambang percuma kepada pengguna kelainan upaya (OKU) beserta seorang pengiring selama sembilan hari; bermula Sabtu ini (4 Disember) sehingga 12 Disember. Tambang percuma ini akan melibatkan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway (BRT) kendalian Rapid KL.

“Pengguna OKU hanya perlu mempamerkan kad OKU dan MyKad bagi pengiring di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Rapid KL bagi mendapatkan token perjalanan percuma,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan Prasarana di sini hari ini.

Prasarana berharap dengan tawaran tambang percuma ini dapat menggalakkan warga OKU untuk menggunakan perkhidmatan kami khususnya bagi mereka yang belum pernah mencuba mod pengangkutan awam.

Berdasarkan statistik dari bulan Januari hingga Oktober 2021, seramai 119,167 pengguna OKU telah menggunakan perkhidmatan rel kendalian Rapid KL. Jumlah ini dijangka bertambah sejajar dengan kemudahan fasiliti OKU yang lengkap dan pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 tidak lama lagi.

Dalam pada itu, bagi mereka yang bukan OKU juga berpeluang menikmati perjalanan tanpa had menaiki LRT, MRT, dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT pada hujung minggu dan cuti umum mulai 1 Disember 2021. 

Pas ini dijual pada harga RM15 dan dapat digunakan seramai empat orang tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum

Ini bermakna setiap orang bayar RM3.75 untuk perkhidmatan yang disediakan.

Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah adalah percuma.

Pas Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bagi menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah, bersiar-siar dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat membeli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor.

Anda boleh membeli pas ini bermula 1 Disember 2021 (Rabu) di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL yang terletak di:

  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen Monorel
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen BRT

Sumber: Rapid KL

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!