Sunday, October 1, 2023
HomeInfoKemas kini Maklumat Akaun Bank GKP Gagal Kredit

Kemas kini Maklumat Akaun Bank GKP Gagal Kredit

Kepada pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang berstatus gagal kredit, kemas kini sudah boleh dibuat di laman portal GKP.

Bagi mereka yang menerima status gagal kredit sebelum ini dalam status permohonan, menyebabkan bayaran tidak dapat dilakukan ke akaun masing-masing.

Oleh yang demikian, pihak LHDN telah mengumumkan pembukaan untuk kemaskini akaun bank pemohon GKP bagi mereka yang menerima status Gagal Kredit ini.

GKP Yang Berstatus Gagal Kredit

Bagi mereka yang menerima status kredit “GAGAL KREDIT” melalui semakan kelulusan Geran Khas Prihatin, mereka diberi peluang terakhir untuk kemas kini maklumat Akaun Bank Simpanan Peribadi di menu Kemas kini No. Akaun pada Portal GKP https://gkp.hasil.gov.my/

Akaun bank yang dikemaskini hendaklah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan), berstatus aktif dan berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.

Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.

Kemas Kini Terakhir GKP 2021

Pemohon yang tidak mempunyai akaun bank selain dari akaun bank yang telah saya daftarkan pada permohonan GKP sebelum ini

Pemohon perlu membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut serta memastikan ianya adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).

Pemohon juga digalakkan untuk membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP) bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal mengemukakan akaun
bank simpanan / semasa untuk pembayaran semula GKP?

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan / semasa kerana pembayaran
semula GKP hanya akan dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank
yang aktif sahaja.

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank GKP

Tarikh kemas kini maklumat akaun bank boleh dibuat pada portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my/) mulai 06 Disember 2021 sehingga 20 Disember 2021. 

Pembayaran Semula GKP

Tarikh sebenar pembayaran semula kepada penerima yang berstatus Gagal Kredit GKP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui portal rasmi GKP.

Sila ambil maklum bahawa penerima GKP berstatus Lulus tetapi Gagal Kredit semasa bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.

Soalan lain yang berkaitan


Sekiranya pembayaran GKP berstatus gagal kredit dan saya baru sahaja mengaktifkan Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi tersebut, adakah saya perlu membuat kemas kini akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan?

Ya. Anda perlu membuat kemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan dengan memasukkan maklumat akaun bank yang sama memandangkan pembayaran semula hanya akan dikreditkan kepada pemohon yang telah mengemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh tersebut.


Jika penerima berstatus Gagal Kredit dan telah meninggal dunia, adakah pembayaran semula akan dikreditkan ke akaun bank penerima berkenaan?

Bagi penerima yang telah meninggal dunia sebelum atau pada 14 Julai 2021, tidak layak menerima pembayaran semula GKP 2021 jika berstatus Gagal Kredit.

Sekiranya saya gagal mengemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh 06 Disember 2021 hingga 20 Disember 2021, adakah permohonan kemas kini maklumat akaun bank akan dibuka semula pada masa akan datang?

Tidak. Tempoh pengemaskinian maklumat akaun bank yang dibuka pada 06 Disember 2021 hingga 20 Disember 2021 adalah permohonan kemas kini akaun bank yang terakhir bagi pembayaran semula kepada penerima GKP yang masih berstatus Gagal Kredit.

Info dan Pertanyaan lanjut tentang kemas kini status pembayaran GKP

Sebarang pertanyaan mengenai status pembayaran GKP boleh hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747 / Hotline MOF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566.

Sumber: Portal Geran Khas Prihatin

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.


Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!