Friday, May 26, 2023
HomeSemasaSenarai Bantuan Banjir Selangor 2021 #SelangorBangkit

Senarai Bantuan Banjir Selangor 2021 #SelangorBangkit

Susulan tragedi banjir yang berlaku di Negeri Selangor pada Disember 2021, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan bantuan dan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Selangor demi membantu para penduduk kawasan di Selangor yang terjejas dengan bencana banjir ini.

Dalam satu sidang media khas pada 21 Disember 2021, Datuk Seri Amirudin telah mengumumkan beberapa inisiatif dan bantuan pasca banjir bagi negeri Selangor.

Bantuan ini meliputi beberapa kategori seperti bantuan operasi, bantuan kepada mangsa yang terlibat dan beberapa bentuk bantuan lain.

Bantuan-bantuan yang diumumkan oleh Kerajaan negeri adalah sebagaimana berikut;

1. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM 100 juta Ikhtiar Selangor Bangkit di mana RM20 juta bagi operasi pembersihan dan pemulihan manakala RM 80 juta bagi pembinaan semula infrastruktur.

Peruntukan RM100 Juta Ikhtiar Selangor Bangkit

2. Kerajaan Negeri menyumbang RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir yang terkorban di Selangor. Manakala sumbangan RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di Selangor.

RM10 ribu buat mangsa banjir terkorban Selangor
Bantuan Banjir RM1000 Mangsa Banjir Selangor

3. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran balik pinjaman bagi peminjam dan usahawan HIJRAH yang terkesan dengan bencana banjir. Implikasi kewangan adalah RM 15 juta.

Moratorium Usahawan Hijrah 2 bulan Banjir Selangor

4. Kerajaan Negeri bersetuju memberi pengecualian bayaran bil air selama sebulan kepada semua akaun-akaun yang terkesan dengan banjir.

Pengecualian bayaran balik air selangor selama sebulan

5. Menubuhkan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit dan mengalu-alukan sumbangan dari syarikat swasta, korporat dan GLC serta individu. Sebagai permulaan, Menteri Besar Selangor menyumbang satu bulan gaji kepada tabung ini.

6. Sepanjang Operasi Mencari dan Menyelamat, sebanyak 453 jentera dan kenderaan daripada pelbagai agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seperti Angkatan Pertahanan Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA.

Semoga dengan bantuan yang diumumkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan mereka yang terkesan dengan banjir yang berlaku di Negeri Selangor.

Sumber: Facebook YAB Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor)

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!