Wednesday, June 7, 2023
HomeInfoTarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Bersempena Raya Aidilfitri 2023 

Tarikh Akhir Pengeposan Pos Laju Bersempena Raya Aidilfitri 2023 

Bagi para peniaga atau pengguna perkhidmatan Pos Laju, ini adalah maklumat penting untuk anda ketahui iaitu tentang tarikh akhir pengeposan barangan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Bagi para peniaga terutamanya peniaga online, sudah pasti tarikh ini penting dalam menyusun jadual penghantaran pembeli dan memberi notis kepada para pembeli tentang tarikh akhir untuk order barang.

Dalam memastikan barang yang sampai tepat pada waktunya, pengeposan barangan hendaklah dilakukan pada tarikh atau sebelum jadual yang ditetapkan oleh Pos Malaysia Berhad.

Untuk makluman, cerapan anak bulan Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023 bagi menentukan samaada HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA 21 APRIL (JUMAA) atau 22 APRIL (SABTU).

Bilakah Tarikh Akhir Pos Laju Bersempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 2023?

Para pelanggan yang dihargai,

Sempena Aidilfitri yang bakal tiba, Pos Laju memaklumkan tarikh akhir untuk penghantaran sebelum Hari Raya dan penutupan operasi semasa musim perayaan kepada pelanggan sebagaimana jadual berikut;

Jadual Pengonperasian Pos Laju Sempena Aidilfitri 2023

Para peniaga atau pelanggan yang mahu barangan sampai sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri diingatkan untuk pos barang berdasarkan tarikh yang ditetapkan di atas atau sebelum daripada tarikh di atas.

Ini bagi memastikan barangan yang dipos sampai sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.

Dalam menyambut sambutan hari raya ini, pusat perkhidmatan Pos Laju di jangka akan menerima barangan pengeposan yang begitu banyak disebabkan peningkatan penghantaran barangan daripada para pelanggan.

Oleh yang demikian, jadual yang diberikan disusun bagi memastikan barangan yang dihantar selamat tiba pada tarikhnya.

Kami di Pos Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pelanggan yang dihargai. Semoga Aidilfitri kali ini dilimpahi dengan kasih sayang serta disinari kebahagiaan.

Notis Waktu Operasi Cawangan Pos Malaysia Sepanjang Bulan Ramadan

Notis waktu operasi cawangan Pos Malaysia sepanjang bulan ramadan

Rancanglah tarikh penghantaran barangan anda agar selamat sampai sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Para peniaga dan pelanggan perlu ambil maklum tentang tarikh pengeposan ini bagi memastikan barangan yang anda  pos atau order sampai tepat pada waktunya.

Semakan Tracking Pos Laju Online

Pos Malaysia Berhad juga telah membangunkan sistem tracking Poslaju yang boleh dibuat secara online pada bila-bila masa.

Semakan tracking ini boleh dibuat di laman web https://www.tracking.my/poslaju

Untuk membuat semakan anda perlu mempunyai nombor tracking yang diberikan oleh pengirim atau penjual barangan.

Nombor tracking ini kebiasaanya boleh diperolehi pada slip salinan borang yang diisi oleh pengirim.

Contoh Slip tracking pos laju

Disclaimer: Para pelanggan Pos Laju diminta sentiasa merujuk kepada notis yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad di laman sosial atau laman web mereka untuk sebarang kemas kini dan maklumat lanjut.

Facebookhttps://www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad
Twitterhttps://twitter.com/pos4you
Instagramhttps://www.instagram.com/pos4you/
Laman Webhttps://www.pos.com.my/

Sumber: Pos Laju

Soalan Lazim (FAQ)


Bila Tarikh Akhir (COT) POS LAJU bagi Penghantaran Sebelum Aidilfitri?

– Mel & kad ucapa hari raya = Tarikh akhir 17 April 2023
– Pos Laju Semenanjung ke Semenanjung – 19 April 2023
– Pos Laju Sabah Sawarak ke Semenanjung – 18 April 2023
– Pos Laju Semenanjung ke Sabah Sarawak – 18 April 2023

Bilakah Waktu Penutupan Operasi Pos Laju Bersempena Aidilfitri?

22 April, 23 April dan 24 April 2023 (Sabtu, Ahad, Isnin)

Bagaimana cara semakan tracking Pos Laju?

https://www.tracking.my/poslaju

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!