Monday, February 26, 2024
HomeSemasaBantuan Hari Raya Aidilfitri 2023 MAIWP RM500 One-Off

Bantuan Hari Raya Aidilfitri 2023 MAIWP RM500 One-Off

Bantuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah disalurkan bermula 14 April 2023 / 23 Ramadhan 1444H secara berperingkat.

Menurut MAIWP, bantuan Hari Raya Aidilfitri ini diberikan sebanyak RM500 secara sekali bayar (one-off) kepada penerima bantuan bulanan sedia ada MAIWP

Ia melibatkan penerima asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bantuan ini dikreditkan ke dalam akaun masing-masing sama seperti bantuan bulanan MAIWP.

Bantuan Aidilfitri MAIWP 2023

Bantuan Hari Raya Aidilfitri MAIWP bertujuan meringankan beban para asnaf dalam menyambut hari raya pada tahun ini.

Sebelum ini MAIWP juga telah menyalurkan Bantuan Awal Ramadhan 1444H yang telah disalurkan bermula 27 Mac 2023 / 5 Ramadhan 1444H secara berperingkat.

Sebagai makluman, Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP bertujuan meringankan bebanan kewangan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank. 

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Syarat Umum Permohonan Bantuan ini adalah sebagaimana berikut:

  1. Beragama Islam 
  2. Warganegara Malaysia 
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan 
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Mereka yang ingin memohon bantuan ini boleh datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web  https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

Semoga Bantuan Raya yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini dapat membantu membuat persiapan penerima dalam menyambut Hari Raya  pada tahun ini.


Lihat juga mengenai Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023

Bantuan Terkini Malaysia MADANI 2024

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!