Cadangan Waktu Perjalanan Pantai Timur Sempena Raya Aidilfitri

ANIH Berhad, pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1)  telah mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan Aidilfitri 2023 dari 19 April hingga 1 Mei 2023.

ANIH Berhad menjangkakan lebih 3 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya itu sempena musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. 

Jumlah trafik ke Pantai Timur akan mengalami peningkatan bermula dari 19 April 2023 hingga 21 April 2023 . Manakala kesesakan trafik menghala ke Kuala Lumpur pula dijangka bermula dari 24 April dan 30 April sehingga 1 Mei 2023.

Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2023

Berikut adalah cadangan waktu perjalanan sempena Hari Raya Aidilfitri bagi mereka yang ingin pulang ke Kelantan, Pahang dan Terengganu serta kembali semula ke Lembah Klang bermula 19 April hingga 1 Mei 2023.

Cadangan Waktu Perjalanan Pulang Ke Kelantan, Terengganu dan Pahang

Maklumat Trafik Terkini

Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, para pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad sebagaimana berikut

Jika berlaku kecemasan, sila hubungi;

  • LPT – Line = 1-700-818-700 
  • LLM =1800-88- 7752.

CCTV Trafik Highway KLK dan LPT 1 &  2 Secara Live

Pengguna lebuh raya KL- Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)  boleh melihat trafik terkini secara live bagi memantau keadaan lokasi dan lebuhraya bagi merancang perjalanan anda.

Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya.

Berikut adalah cara untuk melihat trafik terkini secara live;

  1. Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Status Trafik Semasa.
  3. Kemudian, pilih lebuhraya PLUS berikut;
    • E8 Lebuhraya KL-Karak (KLK)
    • E8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1)
    • E8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  4. CCTV Live view akan dipaparkan bagi setiap kamera lebuh raya yang dipilih

Penggunaan RFID

RFID terdapat di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong, Lebuhraya KLK sahaja.

Untuk makluman RFID terdapat di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong, Lebuhraya KLK sahaja.

Lokasi Tambah Nilai Kad Touch ‘n Go

Bagi melancarkan perjalanan pastikan baki kad Touch ‘n Go anda mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

Anda boleh tambah nilai Kad TNG melalui lokasi berikut;

Lokasi Tambah Nilai Kad Touch N Go LPT

Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) pada waktu puncak iaitu 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan).

Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan media, penguatkuasaan ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan secara tidak langsung mengurangkan risiko nahas jalan raya.

Larangan-Pemanduan-Kenderaan-Barangan-Sempena-Hari-Raya-Aidilfitri-HRA-2023-

Lihat Juga:

Scroll to Top