Tarikh Akhir Penggunaan Baki Wang SARA 2025 MyKasih

Untuk makluman penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2025), baki wang bantuan SARA dalam bulan tersebut masih boleh digunakan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh yang diumumkan oleh pihak kerajaan.

Ini memberi peluang kepada penerima untuk menampung perbelanjaan harian dengan menebus barangan asas di kedai terpilih. Ia disalurkan melalui kerjasama sistem MyKasih yang memastikan setiap transaksi lebih mudah dan telus.

Ramai yang masih tertanya-tanya tentang cara penggunaan, semakan kelayakan, dan jenis barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA. 

Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan program bantuan bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan gelumang kos sara hidup. 

Program sumbangan ini adalah untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Kelayakan SARA 2025

Kelayakan bagi menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 dalam kategori tertentu.

1. Kelayakan untuk Miskin Tegar / Miskin eKasih

Seseorang layak menerima SARA 2025 secara automatik jika memenuhi semua syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus STR 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang, atau Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar atau Miskin eKasih dalam data rasmi eKasih sehingga 31 Oktober 2024, atau dalam tarikh semakan berkala yang ditetapkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri.

2. SARA Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan STR 2025

SARA 2025 turut diperluaskan kepada penerima berikut:

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, walaupun tidak tersenarai dalam eKasih.

Semakan eKasih akan dibuat secara berkala untuk menilai kelayakan tambahan berdasarkan tarikh berikut:

Tarikh Semakan Data eKasihTempoh Kelayakan SARA BermulaKeputusan Kelayakan & Bayaran
31 Januari 2025Januari 2025April 2025
30 April 2025April 2025Julai 2025
31 Julai 2025Julai 2025Oktober 2025
30 Oktober 2025Oktober 2025November 2025

Adakah Saya Perlu Memohon SARA 2025?

Tidak perlu. Kelayakan SARA 2025 ditentukan secara automatik berdasarkan maklumat penerima yang lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

Ia juga merujuk kepada mereka yang tersenarai dalam data Miskin Tegar atau Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2024 atau pada tarikh semakan berkala.

Program ini juga diperluaskan secara automatik kepada penerima STR 2025 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan, walaupun tidak tersenarai dalam eKasih.

Tarikh Akhir Penggunaan Baki SARA 2025

Penerima SARA 2025 boleh menggunakan baki bantuan secara bulanan mengikut jumlah yang diperuntukkan melalui sistem MyKasih.

Sekiranya terdapat baki elaun yang tidak digunakan dalam bulan semasa, ia boleh dibawa ke bulan-bulan berikutnya sepanjang tempoh program.

Walau bagaimanapun, baki SARA yang tidak digunakan sepenuhnya akan luput selepas tempoh program berakhir seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan iaitu sebelum tarikh 31 Disember 2025.

Makluman Tarikh Akhir Penggunaan Baki Wang SARA 2025 pada 31 Disember 2025

Bolehkah Baki Elaun Dibawa ke Bulan Seterusnya?

Ya. Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

Namun begitu, sebarang baki yang tidak digunakan sepenuhnya akan luput secara automatik selepas tempoh program tamat iaitu pada 31 Disember 2025.

Cara Semak Kelayakan Bantuan SARA 2025

Anda boleh menyemak status kelayakan melalui dua laman rasmi berikut:

Pastikan anda memasukkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan untuk semakan status dan baki SARA.

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Menggunakan SARA 2025

Penerima SARA 2025 hanya dibenarkan membeli barangan asas yang termasuk dalam 13 kategori produk yang telah diluluskan di bawah program ini. 

Barangan tersebut akan dilabel dengan tanda khas MyKasih di rak harga pasar raya atau kedai terlibat.

Berikut ialah 13 kategori barangan keperluan asas yang dibenarkan:

13 kategori barangan yang diluluskan untuk MY Kasih (Bantuan SARA 2025)
  1. Beras
  2. Roti
  3. Telur
  4. Minyak masak
  5. Tepung
  6. Biskut
  7. Mi segera
  8. Minuman
  9. Makanan dalam tin
  10. Bahan perasa (contoh: garam, gula, kicap, sos)
  11. Produk kebersihan (contoh: sabun, syampu, pencuci)
  12. Ubat-ubatan asas (contoh: ubat demam, plaster, minyak angin)
  13. Barangan persekolahan (contoh: alat tulis, buku latihan)

Contoh Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA

Berikut ialah contoh barangan harian yang termasuk dalam kategori yang dibenarkan:

  • Beras 5kg/10kg – Pelbagai jenama beras tempatan
  • Roti sandwich – Sesuai untuk sarapan dan bekalan sekolah
  • Telur 10 biji – Keperluan protein harian keluarga
  • Minyak masak 1kg / 5kg – Minyak sawit atau jagung
  • Tepung gandum – Untuk memasak dan membuat kuih
  • Biskut kering – Boleh dibeli dalam pek ekonomi
  • Mi segera pek 5 – Jenama terpilih yang berdaftar
  • Minuman kotak / tin – Termasuk susu, kopi, teh 3 dalam 1
  • Sardin dalam tin – Produk makanan tahan lama
  • Kicap, garam, gula – Bahan asas dapur
  • Sabun mandi / pencuci pakaian – Produk kebersihan keluarga
  • Minyak angin / ubat panadol – Ubat-ubatan asas di farmasi terpilih
  • Pensel, pemadam, buku latihan – Barangan persekolahan anak-anak

Barang-barang ini mempunyai label khas MyKasih di rak harga.

Contoh Barangan Yang Tidak Boleh Dibeli Dengan Bantuan SARA

Bantuan SARA 2025 hanya tertumpu kepada barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja. Sebarang pembelian barangan di luar senarai 13 kategori tidak dibenarkan dan perlu dibayar sendiri.

Ramai penerima berkongsi pengalaman mereka bahawa bantuan SARA tidak boleh digunakan untuk membeli barang yang tidak tersenarai dalam kategori MyKasih.

Berikut ialah antara contoh barangan yang tidak boleh dibeli menggunakan elaun bantuan SARA:

  • Barang timbang kilo seperti ayam, ikan, daging, dan sayur-sayuran
  • Barang basah dan sejuk beku seperti nugget, sosej, aiskrim dan makanan dalam peti sejuk
  • Barangan dapur bukan makanan seperti pinggan, periuk, sudu dan alat memasak
  • Makanan ringan seperti kerepek, coklat dan gula-gula
  • Minuman tidak perlu seperti air gas atau minuman tenaga
  • Kosmetik dan penjagaan diri tidak asas seperti losyen dan alat solek

Justeru itu, penting untuk penerima semak label dan senarai produk di pasar raya sebelum membuat pembelian.