Thursday, June 30, 2022
HomeInfoJadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2022 Seluruh Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2022 Seluruh Malaysia

Salam Ramadhan! Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi bulan Ramadhan tahun 2022 / 1443 Hijrah bagi seluruh negeri di Malaysia.

Jadual waktu yang digunakan adalah berdasarkan Portal Rasmi JAKIM e-Solat bagi bulan Ramadhan 1443 Hijrah.

Takwim atau jadual waktu berbuka dan imsak ini disusun bagi memudahkan anda untuk untuk melihat atau menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut negeri masing-masing.

Semoga Jadual waktu berbuka puasa dan Imsak ini memudahkan urusan anda seharian di bulan puasa ini.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Mengikut Negeri-negeri di Malaysia

Bagi memudahkan anda menyemak waktu berbuka dan imsak mengikut negeri-negeri, sila klik mengikut negeri atau zon pilihan anda. Ia akan memaparkan jadual lengkap mengikut zon masing-masing.

1. Johor

2. Kedah

3. Kelantan

 4. Kuala Lumpur 

5. Labuan

6. Melaka

7. Negeri Sembilan

8. Pahang

9. Perak

10. Perlis

11. Pulau Pinang

12. Putrajaya

13. Sabah

14. Sarawak

15. Selangor

16. Terengganu

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Berbuka Puasa

  1. Mempercepatkan berbuka puasa apabila terbenamnya matahari. 
  2. Disunatkan berbuka puasa dengan tamar. Sekiranya tiada tamar maka dengan air. 
  3. Membaca doa sebelum berbuka puasa. 
  4. Tidak membazir makanan ketika berbuka puasa

Selain itu juga, kita digalakkan untuk memberi makan /menjamu orang yang berbuka puasa kerana mempunyai fadhilat yang begitu besar.

Rasulullah s.a.w bersadba yang bermaksud;

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Perkara-perkara Yang Disunatkan Ketika Bersahur

Bersahur merupakan amalan sunat berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Anas RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud;

Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sahur adalah berkat kerana ia membantu menguatkan orang yang berpuasa.

Waktu bersahur ialah bermula pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan mengakhirkan waktu sahur.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit RA bahawa beliau berkata;

“Kami telah bersahur bersama Rasulullah s.a.w, kemudian bangkit untuk solat (Subuh) dan kadar antara azan (Subuh) dan sahur itu sekadar bacaan lima puluh ayat”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang itu dikira bersahur walaupun dengan minum seteguk air. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud;

Sahur itu berkat, maka janganlah kamu tinggalkannya walau seseorang antara kamu (hanya) meneguk seteguk air”. 

Apa Hukumnya Tersalah Berbuka Puasa Awal Kerana Azan di Radio?

Tersalah buka puasa awal kerana azan di radio

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan sekiranya anda berbuka puasa awal disebabkan azan yang salah di Radio;

“Batal puasanya dan wajib bagi mereka tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha (ganti)”

Bagaimana jika tersalah bersahur dengan makan dan minum selepas azan Subuh?

Tidak batal puasa dan harus hukumnya bagi seseorang yang meneruskan makan dan minum dalam keadaan dia ragu-ragu bahawa telah tamat waktu sahur

Namun jika sekiranya jelas kepadanya bahawa dia tersalah dengan makan selepas habis waktu sahur, maka batal puasanya dan hendaklah dia menggantikannya pada hari yang lain

Rujukan; https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3410-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-130-hukum-tersalah-bersahur-atau-berbuka-puasa-bukan-pada-waktunya?

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!