Tawaran Penajaan Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf Pulau Pinang

Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama kerjasama TWI South East Asia menawarkan pelajar-pelajar dari negeri Pulau Pinang untuk belajar kemahiran dalam bidang kimpalan (welding) yang bakal memberi peluang pekerjaan setelah tamat pembelajaran kelak.

Maklumat lanjut mengenai tawaran penajaan adalah sebagaimana berikut;

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai  3-7 Jun 2022

Tawaran Kursus

  • Program Kemahiran Kimpalan (WOT 3G/6G-CWIP)
  • Inspektor Kimpalan Visual (3.0 TAHAP 1)
  • Pengenalan Pengujian Tanpa Musnah (NDT Appreciation)
  • Sijil Ogsp & Cidb Green Card
  • Kelas Bahasa Inggeris

Tempat Kursus

TWI Shah Alam Selangor

Kelayakan

1. Beragama Islam

2. Warganegara Malaysia

3. Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan

4. Berumur 25 tahun ke bawah

5. Boleh menulis, membaca dan mengira

6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00

Kemudahan

·  Hostel disediakan

·  Makan & minum – Elaun bulanan selama 4 bulan

·  Tempoh kursus-16 minggu

·  Perlindungan insurans kemalangan

·  Pensijilan antarabangsa-CSWIP-UK

·  Penempatan kerja setelah tamat kursus

 

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi maklumat lengkap melalui Google Form di bawah;

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdHxvganDOUVvR3qbZZBlNAi0AIGYepzSFoI3AOAJnP-NROmg/viewform

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi;

  • 04-5498125 / 155 (En.Yusman / En. Rohaizar)
Tawaran Penajaan Program Teknikal Kompetensi Belia Asnaf