Bantuan Agihan Zakat Guru Agama Negeri Kedah LZNK 2023

Permohonan Agihan Zakat Guru Agama Bagi Tahun 2023 (Berpendapatan RM2000 ke Bawah)

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) membuka permohonan bantuan zakat kepada guru agama yang berkelayakan di negeri ini bagi  tahun 2023.

Guru-guru yang mengajar agama boleh memohon bantuan zakat ini bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi.

Apa Itu Agihan Zakat Guru Agama?

Bantuan ini merupakan agihan secara sekaligus (one off) yang diberikan kepada guru agama subjek Diniah mengikut syarat-syarat tertentu.

Tempoh Permohonan

Permohonan dibuka mulai 20 JANUARI 2023 sehingga 20 FEBRUARI 2023 (1 bulan).

Jumlah Bantuan

RM500 secara one-off kepada setiap pemohonan yang diluluskan.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada bulan Ramadhan 1444 H.

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia, beragama Islam dan berumur 17 tahun dan keatas. 
  2. Lahir di Negeri Kedah/ Menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.
  3. Mengajar dalam negeri Kedah sahaja.
  4. Berpendapatan kasar (gaji pokok beserta elaun) tidak melebihi RM2,000 sebulan. 
  5. Masa mengajar tidak kurang dari tempoh 1 jam. 
  6. Jumlah pelajar sekurang-kurangnya 10 orang. 
  7. Kelas pengajian mestilah tidak kurang 12 kali setahun. 
  8. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan jelas.

Cara Dan Panduan Memohon

Agihan Zakat Guru Agama adalah sepenuhnya secara atas talian melalui pautan berikut ; https://agihan.zakatkedah.com.my  

Atau ( www.zakatkedah.com.my

Klik Menu : APLIKASI ATAS TALIAN >> AGIHAN ZAKAT GURU AGAMA >> PEMOHON BARU

laman web permohonan Agihan Zakat Guru Agama 2023

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut ; 

  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (kad pengenalan baru sahaja)
  2. Salinan Slip gaji 
  3. Borang pengesahan pekerjaan dan perakuan pendapatan (bagi yang tiada slip gaji) 
  4. Salinan akaun bank (selain ASB dan Tabung Haji)

Info Lanjut dan Pertanyaan

  • Untuk keterangan lanjut boleh berhubung melalui No Telefon Rasmi Divisyen Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (04-7331740/ 019-5962155)
  • Talian bebas tol : 1-800-88-1740 
  • Email rasmi Divisyen Agihan LZNK : [email protected]
No Telefon LZNK daerah Negeri Kedah

Sumber: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Laman Web: https://www.zakatkedah.com.my/ 

Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah 

Soalan Lazim (FAQ) Permohonan Zakat Guru Agama Secara Atas Talian 2023

Scroll to Top