Sunday, June 4, 2023
HomeBantuan PKSBantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal Anggun Niaga

Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal Anggun Niaga

Pertubuhan Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) dengan kerjasama Kerajaan negeri Pahang membuka peluang kepada rakyat negeri ini untuk memohon bantuan khas usahawan kecil ibu tunggal Anggun Niaga.

Bantuan khas Ibu tunggal ini adalah terhad kepada 700 calon terpilih berdasarkan kriteria dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Syarat Permohonan

Permohonan bantuan khas usahawan kecil ibu tunggal Anggun Niaga hendaklah menepati syarat dan kelayakan berikut;

  1. Warganegara Malaysia
  2. Rakyat negeri Pahang/bermastautin di negeri Pahang 
  3. Berumur 20 – 55 Tahun
  4. Berstatus Ibu Tunggal B40
  5. Mempunyai Perniagaan
  6. Berminat dan bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Cara memohon

Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara atas talian dengan mengisi pautan atau  link dibawah; 

https://forms.gle/ZTaYBFnVThk1mxVLA

Isi maklumat pemohon seperti nama, kad pengenalan, umur, alamat, no telefon, pekerjaan sekarang, pendapatan, daerah, parlimen dan dun.

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan khas usahawan kecil bagi  ibu tunggal ini adalah pada 15 Mac 2023.

Hanya calon-calon yang disenarai pendek untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini di anggap tidak berjaya.

Info dan Pertanyaan

Sebarang info dan pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pembangunan Wanita dan Sosial;

  • No telefon: 09-512 4039

Layari laman Facebook Kerajaan negeri Pahang untuk info dan makumat terkini.

https://www.facebook.com/pahang.gov

Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal 2023

Mengenai Pertubuhan Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP)

Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) telah ditubuhkan pada September 2019 oleh Menteri Besar Pahang iaituYAB. Dato Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail. 

Ia telah melaksanakan pelbagai program termasuk kesihatan, kemasyarakatan, sosial, kesihatan dan kebajikan.

Antara program yang telah dilaksanakan di bawah MPWP ialah Program Bantuan Khas COVID-19 kepada wanita yang terkesan dengan wabak ini.

Sumber: Facebook Anggun Pahang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!