Thursday, May 25, 2023
HomeBantuan IPTPermohonan Bantuan Awal Pengajian IPT 2021 Lembaga Zakat Kedah

Permohonan Bantuan Awal Pengajian IPT 2021 Lembaga Zakat Kedah

Skim bantuan awal pengajian Negeri Kedah disediakan kepada rakyat negeri ini bagi mereka yang menerima tawaran pengajian dalam negara dan luar Negara.

Bantuan ini bagi bertujuan meringankan keluarga asnaf dalam menyediakan keperluan kemasukan ke IPT.

Mereka yang ingin memohon bantuan awal pengajian IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ini perlu mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

Bentuk & Jumlah Bantuan

LZNK menyediakan bantuan Awal Pengajian (sekaligus – one-off) utk setiap peringkat pengajian yang berbeza mengikut syarat kelayakan.

Jumlah bantuan adalah sebagaimana berikut;

PERINGKAT PENGAJIANJUMLAH
Sijil/MatrikulasiRM300.00
DiplomaRM600.00
IjazahRM800.00
IPT Luar NegaraRM1,000.00

Syarat Kelayakan Bantuan Awal IPT Dalam Negara

1- Pemohon beragama Islam dan sedang bermastutin / menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran)

2- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pengajian bagi peringkat Sijil/Asasi/Matrikulasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda secara SEPENUH MASA bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti

3- Program pengajian bagi peringkat PASCA-SISWAZAH dan SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK memohon.

4- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun kecuali bidang kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) bulan pengajian.

5- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur disebabkan kemasukan khas atau mana-mana bidang kemahiran.

6- Pemohon perlulah menyambung pengajian diperingkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

7- Pelajar yang menyambung pengajian bagi program PERSEDIAAN Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PPISMP) adalah tidak layak memohon Bantuan Awal IPT

8- Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal IPT Luar Negara

1- Pemohon beragama Islam dan sedang bermastutin / menetap di Negeri Kedah (mengikut alamat pada surat tawaran)

2- Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD secara SEPENUH MASA bermula tahun 2021 sahaja dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti

3- Program pengajian bagi peringkat SEPARUH MASA adalah TIDAK LAYAK memohon.

4- Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun

5- Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan

6- Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza

Cara Memohon

Semua permohon adalah secara atas talian (online) melalui laman rasmi LZNK :

www.zakatkedah.com.my

>> klik Menu ATAS TALIAN

>> BANTUAN AWAL IPT

>> Pilih Dalam / Luar Negara

Skim Bantuan Awal IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah 2021
Sumber: Facebook LZNK
*Nota:

Untuk memohon bantuan IPT, pemohon perlulah mengisi segala maklumat yang berkaitan. Sila rujuk panduan mengikut jenis bantuan IPT sebelum mengisi segala maklumat yang diperlukan.

BAGI PERMOHONAN BARU :-Sila tekan butang PERMOHONAN BARU.

Untuk Semakan dan Cetakan Borang :-Sila Masukkan No KP & Kata Laluan, kemudian tekan Butang SEMAK.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2021.

Info dan Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai skim bantuan awal pengajian IPT Lembaga Zakat Negeri Kedah ini sila rujuk;

Laman web: https://www.zakatkedah.com.my

Facebook: https://www.facebook.com/zakatkedah/ 

Instagram: https://www.instagram.com/zakatkedah/ 

Twitter: https://twitter.com/zakatkedah 

Youtube: Zakat Kedah 

Sumber: Facebook dan Laman Web Lembaga Zakat Negeri Kedah

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!