Bulan Oktober telah pun tiba. Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Oktober 2021 ini.
Beberapa bantuan kerajaan akan diteruskan pada bulan Oktober ini. Pastinya ia dapat mengurangkan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Perkara-perkara penting seperti pembayaran, tarikh tutup permohonan, tarikh pendaftaran bantuan dan sebagainya amat diharapkan berjalan dengan lancar pada bulan ini.
Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan Bulan Oktober 2021
Tarikh Bayaran i-Citra KWSP Bulan Oktober 2021
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 25 September yang lalu memaklumkan tarikh bayaran i-Citra bagi bulan Oktober 2021 akan dibuat bermula 1 Oktober 2021.
Semakan status boleh dibuat di portal rasmi i-Citra;
Untuk makluman tarikh tutup permohonan i-Citra telahpun ditutup pada 30 September 2021.
Bayaran BPR Tambahan Bagi Rayuan BPR Mulai 4 Oktober
Untuk penerima rayuan BPR yang bertanya mengenai jumlah yang dikreditkan dalam akaun tidak sama dengan jumlah yang diluluskan dalam rayuan BPR pada September yang lepas.
Untuk makluman, tarikh bayaran BPR Tambahan bagi rayuan BPR adalah sebagaimana berikut
- Ada akaun (BSN) – bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat
- Ada akaun (Selain BSN) bayaran mulai 4 Oktober secara berperingkat
- Tiada Akaun – Penunaikan di kaunter Bank SImpanan Nasional (BSN) mulai 4 Oktober
Anda boleh membuat semakan BPR tambahan ini di portal rasmi BPR iaitu
Anda boleh membuat semakan pada MyBPR > Semakan Status > Maklumat Pembayaran bagi Fasa Ketiga / Rayuan BPR 2021.
Maklumat yang dipaparkan adalah seperti berikut:
- Nombor Pengenalan Akaun dikredit
- Nama Penerima
- Fasa Pembayaran
- Jumlah dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- Nombor Akaun Bank
RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan Akan Disalurkan pada Oktober 2021
Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) merupakan salah satu daripada Senarai Bantuan Kerajaan Untuk Golongan B40 bagi mereka yang kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.
Bantuan ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) 28 Jun yang lalu.
Sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.
Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Oktober 2021.
Tarikh sebenar akan diumumkan oleh kerajaan selepas ini.
Bantuan RM300 MR DIY Melalui E-Wallet Touch N GO Kepada Pelajar UM
Pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini akan menerima bantuan kredit tunai RM300 daripada MR D.I.Y. menerusi program Program #DIY4UM untuk membantu mereka membeli barangan keperluan.
Program itu adalah sebahagian daripada usaha sama strategik di antara MR D.I.Y dan Touch ‘n Go yang telah dimeterai.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Oktober 2021.
Cara Memohon
Pelajar UM yang layak (Ijazah Pertama) menerima bantuan ini perlu mendaftar secara dalam talian melalui Portal Maya UM untuk membuktikan mereka mempunyai e-wallet Touch ‘n Go yang sah.
Langkah-langkah untuk pendaftaran
1. Hantar permohonan anda di portal maya UM melalui pautan berikut;
https://maya.um.edu.my/sitsvision/wrd/siw_lgn
2. Aktif dan sahkan Touch ‘n Go eWallet
3. Claim RM300 melalui Touch ‘n Go eWallet
Tarikh Tutup Permohonan Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) 2021 pada 4 Oktober 2021
Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa IPT Yayasan Pahang (Lepasan STPM) bagi melanjutkan pengajian di Institusi- institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja di dalam negara yang diiktiraf DILULUSKAN OLEH YP.
Permohonan dibuka mulai 17 September 2021 dan ditutup pada 4 Oktober 2021(Isnin).
Elaun sara hidup yang diberikan adalah RM3,000 setahun.
Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/ di ruangan Perkhidmatan Atas Talian dengan memilih ikon BIASISWA IPT sebelum atau pada 4 OKTOBER 2021 (ISNIN)
Permohonan Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6 Sem 1 MAIWP ditutup pada 15 Oktober 2021
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan baharu bagi permohonan bantuan am persekolahan untuk tingkatan 6 semester 1.
Permohonan baharu ini sama ada untuk mereka yang bersekolah dalam atau pun luar Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan)
Ibu bapa atau penjaga yang ingin memohon bantuan ini, tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2021
Klik pautan di bawah sekiranya ingin mengetahui cara memohon bantuan ini;
Penyambungan Automatik 3 Bantuan MAIWP Oktober – Disember 2021
Berita baik buat asnaf-asnaf dan penerima bantuan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Penyambungan diberikan secara automatik bagi penerima bantuan kewangan bulanan, sewa rumah bulanan dan bantuan perubatan am yang tamat pada bulan Oktober hingga Disember 2021.
Ia melibatkan penerima asnaf bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Oleh yang demikian, anda tidak perlu hadir ke pejabat untuk tujuan mengisi borang penyambungan ini.
Tarikh tutup permohonan bantuan Bantuan Pelajar IPT 2021 Negeri Sabah (BUDI) pada 30 Oktober 2021
Kerajaan negeri Sabah mengumumkan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara (one-off) sebanyak RM2,000 seorang kepada pelajar dari negeri ini yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM2,000 secara sekali bayar (one-off)
Permohonan BUDI hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan berikut;
https://budi.sabah.gov.my/login.php
Tarikh tutup permohonan bantuan ini adalah pada penghujung bulan iaitu 30 Oktober 2021
Permohonan Program Subsisi Upah 4.0 Masih ditutup pada 31 Oktober 2021
Program Subsidi Upah adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan.
Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Cara permohonan hendaklah dibuat secara online di mana permohonan hendaklah dikemukakan oleh majikan melalui capaian laman sesawang prihatin.perkeso.gov.my