Monday, October 2, 2023
HomePermohonanBantuan i-Fitri Perantau 2023: Anak Perantauan Pulang Beraya

Bantuan i-Fitri Perantau 2023: Anak Perantauan Pulang Beraya

Jika sebelum ini permohonan bantuan i-Fitri sempena Hari Raya Aidilfitri dibuka kepada golongan berkeluarga yang menetap di Terengganu, kini tiba pula masanya permohonan bantuan i-FITRI PERANTAU kepada anak-anak Terengganu di luar sana.

Melalui bantuan i-Fitri Perantau ini, akan memberi manfaat kepada ketua isi rumah anak perantauan Negeri Terengganu.

Anak-anak negeri Terengganu yang berada di perantauan bolehlah memohon bantuan ini yang diharapkan dapat mengurangkan sedikit beban ketika pulang berhari raya.

Apa Itu Bantuan i-Fitri Perantau?

i-Perantau merupakan bantuan buat anak perantauan Negeri Terengganu yang berkelayakan agar dapat pulang berhari raya dengan selesa. 

Bantuan ini diperkenalkan sebagai penghargaan  kerajaan negeri Terengganu tidak meminggirkan anak negeri di perantauan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 1 April 2023 mengumumkan inisiatif tersebut di Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Anak Terengganu di Perantauan, di MAEPS.

“Kita menyasarkan 20,000 perantau akan menerimanya melalui peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Untuk jumlah keseluruhan i-Fitri bagi seluruh rakyat adalah RM57 juta untuk 190,000 orang penerima,” ujarnya.

Tempoh Permohonan

​​Permohonan bantuan i-Fitri Perantau bagi tahun 2023 boleh dibuat secara online mulai 6 April- 20 April 2023.

Tarikh permohonan Bantuan i-Fitri (Perantau) kini dilanjutkan sehingga 26 April 2023.

Tarikh Bantuan i-Fitri Perantau dilanjutkan sehingga 26 April 2023

Syarat Utama Permohonan

  1. Rakyat Terengganu MENETAP DI LUAR Terengganu (PERANTAU).
  2. Maklumat pemohon mestilah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU).
  3. Pemohon / pasangan adalah PENGUNDI BERDAFTAR di Terengganu.
  4. Permohonan di buat secara atas talian (online) melalui sistem i-Bantuan.
Syarat Bantuan i-Fitri Perantau 2023

Syarat Kelayakan Bantuan i-Fitri Perantau

  1. Pendapatan bulanan isi rumah (Gaji KIR & Pasangan) TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 (termasuk gaji dan semua elaun).
  2. Semua PENJAWAT AWAM dan LANTIKAN KERAJAAN yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.
  3. PENIAGA BERLESEN adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500.00 sebulan dan disahkan oleh penghulu, dan pegawai Kerajaan yang berkelayakan di tempat tinggal semasa.
  4. Pemohon yang TIDAK mempunyai SLIP GAJI perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK atau Pegawai kerajaan yang berkelayakan.
  5. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.
  6. PERMOHONAN boleh DITOLAK sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

Cara Memohon

Pemohon yang layak berdasarkan kriteria ditetapkan boleh memohon melalui portal berikut; 

https://ibantuan.terengganu.gov.my/

Proses permohonan adalah sebagaimana infografik di bawah;

Proses Permohonan i-Fitri Perantau

Dokumen Lampiran

PERMOHONAN BARU hendaklah memuatnaik (upload) Dokumen berikut ke sistem i-Bantuan semasa membuat permohonan:

  1. Salinan Kad pengenalan /sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan.
  2. Salinan Slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang di sahkan.
  3. Salinan Surat Akuan Bermastautin atau Salinan Bil Elektrik atau Air

Nota Penting: Muatnaik (upload) dlm bentuk GAMBAR BERFORMAT JPG, JPEG, PNG & GIF

Tarikh dan Cara Bayaran

Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi lagi mengenai tarikh dan cara pembayaran bagi tahun 2023.

Namun berdasarkan pengalaman penerima tahun lepas, bayaran dibuat selepas hari raya Aidilfitri secara berperingkat

Info Dan Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai bantuan raya i-Perantau, layari https://ibantuan.terengganu.gov.my/ atau hubungi nombor telefon 01153681120 atau 01115265561

Bantuan i-Fitri Perantau 2023

Soalan Lazim (FAQ)

Apa Itu Bantuan i-Fitri Perantau?

i-Fitri Perantau merupakan bantuan buat anak perantauan Negeri Terengganu yang berkelayakan agar dapat pulang berhari raya dengan selesa. 

Bila Tarikh Permohonan ?

​​Permohonan i-Perantau boleh dibuat secara online mulai 6 April – 26 April 2023

Bagaimana Cara Memohon?

Melalui portal https://ibantuan.terengganu.gov.my/  

Bila Tarikh Bayaran i-Perantau?

Belum diumumkan

Bantuan Terkini Kerajaan Perpaduan 2023

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!