Monday, December 5, 2022
HomeSemasaBantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Selangor RM1,000

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2021 Selangor RM1,000

SHAH ALAM: Sebanyak 18,101 penjawat awam di negeri ini menerima manfaat Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri apabila kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu dibayar pada 19 Mei ini memandangkan penjawat awam menerima gaji lebih awal pada sekitar 5 atau 6 Mei ini.

Beliau berkata, Bantuan Khas Kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri itu menelan belanja sebanyak RM22.8 juta.

“Kerajaan negeri juga bersetuju Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada pemimpin masyarakat iaitu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/Bagan/Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya.

“Penggerak Belia Selangor (PeBS) juga menerima bantuan sebanyak RM500. Malah, bayaran setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 diberikan kepada semua anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Speaker, Timbalan Speaker, Ahli Dewan Undangan Negeri, pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gajinya dibayar Kerajaan Persekutuan.

“Kita menganggarkan implikasi kewangan sebanyak RM22,675,613.52 yang akan dibayar pada 19 Mei,” katanya ketika berucap pada Majlis Mahabbah Ramadan di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri juga bersetuju jumlah pembayaran bantuan diberikan kepada Setiausaha MPKK dan petugas masjid iaitu Nazir, Imam, Siak dan Bilal sebanyak RM500 yang akan disumbangkan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) anak syarikat kerajaan negeri. – UTUSAN ONLINE

Sumber: Utusan Malaysia

Bantuan Terkini Keluarga Malaysia 2022

Info terkini bantuan semasa daripada Kerajaan, NGO dan lain-lain

RELATED ARTICLES

Most Popular

error: Sorry dah tak boleh copy!