Buat pemilik perniagaan pakaian dan perniagaan terpakai (bundle), sukacitanya bahagian Zakat Pulau Pinang membuka permohonan bantuan perniagaan pakaian dan pakaian terpakai (bundle) kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan ini merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan perniagaan pakaian dan pakaian terpakai (bundle) adalah sebagaimana berikut;
Apa Itu Bantuan Khas Perniagaan Pakaian & Bundle?
Bantuan ini merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Pemilik-pemilik perniagaan berikut adalah layak memohon;
- Penjual pakaian dewasa dan kanak-kanak
- Penjual pakaian atau kasut terpakai (bundle)
(tidak termasuk butik dan kedai jahitan)
Tempoh Permohonan
Permohonan dibuka mulai 8 Mac 2023 (Rabu) hingga 24 Mac 2023 (Jumaat).
Syarat Umum
Syarat umum permohonan bantuan zakat di Zakat Pulau Pinang, MAINPP adalah sebagaimana berikut;
- Beragama Islam.
- Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
- Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 3 bulan.
- Pendapatan keluarga tidak mencukupi *Had Al Kifayah.
- Tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak atau telah menerima bantuan tetapi masih belum mencukupi.
**HAD AL KIFAYAH
Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi.
Syarat dan Kelayakan Permohonan
Permohonan dibuka kepada mereka yang memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;
- Memenuhi syarat umum bantuan zakat;
- Wajib mempunyai lesen SSM atau PBT;
- Belum pernah menerima bantuan perniagaan ZPP bagi tahun 2021, 2022 & 2023;
- Wajib mempunyai TAPAK NIAGA @ KEDAI (perlu disenaraikan bukti bergambar atau sewa penganjur);
- Perniagaan sendiri & merupakan sumber utama pendapatan keluarga;
- Bermastautin & berniaga di Pulau Pinang sahaja.
Cara Memohon
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan bantuan perniagaan pakaian dan pakaian terpakai (bundle) ini, boleh dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.
Senarai Kaunter Zakat Pulau Pinang
Bandar Perda (HQ)

Butterworth

Kepala Batas

Georgetown

Nibong Tebal

Bayan Baru

Balik Pulau

Ayer Hitam

Info dan Pertanyaan
Pertanyaan lanjut klik https://wa.me/60142926151
Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang
Sumber: Zakat Pulau Pinang

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.