Terdapat beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian bagi tarikh-tarikh penting bantuan kerajaan pada bulan Mac 2023 ini.
Beberapa bantuan yang boleh dimohon pada bulan Mac 2023 ini sama ada daripada pihak kerajaan pusat, kerajaan negeri atau lain-lain agensi. Pastinya bantuan ini akan dapat mengurangkan sedikit beban rakyat pada tahun baru 2023.
Di sini kami senaraikan beberapa tarikh penting bantuan Kerajaan bulan Mac 2023. Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsikan rezeki bersama yang lain.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

Permohonan baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023) secara atas talian dibuka mulai 1 Mac 2023 di laman portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Manakala permohonan dan kemas kini secara manual dengan penghantaran borang bermula 8 Mac 2023.
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Siapakah Yang Perlu Membuat Permohonan STR
Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu STR adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Pemohon yang perlu membuat kemas kini permohonan STR adalah seperti berikut:
- Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021 dan BKM 2022
- Penerima STR Fasa 1 yang mempunyai perubahan maklumat terkini
Jumlah Bayaran
Secara keseluruhannya, jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut kategori dan had bilangan anak.

Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM1,000
- Bil anak 1-2 – RM1,500
- Bil anak 3-4 – RM2,000
- Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM500
- Bil anak 1-2 – RM750
- Bil anak 3-4 – RM1,00
- Bil anak 5 dan ke atas – RM1,200
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000
- RM600
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM350
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
- RM350
Permohonan bantuan ini ditutup pada 31 Mac 2023
Diskaun dan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Kerajaan bersetuju memberi diskaun dan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam PTPTN sejajar dengan pengumuman pembentangan Belanjawan 2023.
Tempoh diskaun PTPTN yang berikan pada tahun 2023 adalah bermula 1 Mac 2023 hingga 31 Mei 2023 (3 Bulan).
Manakala penangguhan pembayaran balik juga bermula 1 Mac 2023 untuk tempoh 6 bulan.
Jumlah diskaun yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut;

- Diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
- Diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang;
- Diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut jadual bayaran balik; dan
- Diskaun 5 peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN.
4 langkah nak dapatkan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN;

1) Semak Baki Pinjaman
Semak penyata pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/
2) Dapatkan Khidmat Nasihat
Dapatkan khidmat nasihat bersama Eksekutif Pemasaran (EP) PTPTN atau hubungi Careline PTPTN di talian 03-21933000
3) Lakukan Transaksi
Lakukan transaksi dengan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran bayaran balik PTPTN atau aplikasi MyPTPTN
4) Semak Penyata
Semak penyatan pinjaman melalui aplikasi myPTPTN atau portal rasmi PTPTN pada bulan berikutnya
Bagi penangguhan bayaran balik PTPTN pula, kaedahnya adalah sebagaimana berikut;

1) Layari Portal Rasmi PTPTN
Buat permohonan dengan melalyari:
https://www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalik/
2) Isi Maklumat Lengkap
Isi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.
3) Semak Status Permohonan
Semak status kelulusan melalui e-mel dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan dibuat.
Bayaran Bantuan Kewangan JKM Bulan Mac 2023
Bayaran bagi Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk bulan Mac 2023 akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Untuk makluman, pembayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut negeri masing-masing bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.
Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
Bagi bulan Mac, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 Mac 2023.
Sekiranya terdapat perubahan bayaran bagi bantuan bulan Mac, pihak JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk membuat semakan pembayaran bantuan JKM bagi bulan Mac 2023, ikuti langkah-langkah berikut;
- Layari laman web e-Maklum di pautan https://emaklum.anm.gov.my/
- Masukkan no kad pengenalan
- Masuk no akaun bank
- Klik carian berdasarkan no. akaun bank
- Pilih tarikh semakan. Contoh; 1/3/2023 sehingga 28/3/2023
- Maklumat berkaitan pembayaran akan dipaparkan sebagaimana di bawah;

Sila rujuk, laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk info terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan bagi bayaran bantuan bulan Oktober.
Biasiswa Yang DiPertuan Agong (BYDPA)

BYDPA ini diperkenalkan bagi memberi pengiktiraf akan kebolehan luar biasa seseorang calon untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca ijazah (Sarjana dan PhD) khasnya dalam bidang Sains dan Teknologi dalam dan luar negeri.
Bidang pengajian yang ditaja di bawah BYDPA adalah:
- Sains dan Teknologi
- Ekonomi
- Undang-Undang
- Kewangan Islam
Syarat-Syarat Umum permohonan adalah sebagaimana berikut
- Warga Negara Malaysia; dan
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023.
Permohonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=AGNG
Tarikh tutup permohonan adalah pada 3 Mac 2023
Program Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor

Sukacitanya tempoh permohonan Program Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor dilanjutkan sehingga 14 Mac 2023 (Selasa) berbanding sebelum ini yang ditutup pada 1 Mac 2023.
Biasiswa Khas Dato’ Menteri Besar Selangor (TKWBNS) merupakan bantuan pengajian dalam bentuk biasiswa bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pascasiswazah di Mesir, Jordan dan Maghribi.
Syarat am permohonan adalah sebagaimana berikut;
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
- Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia; dan
- Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih sepuluh (10) tahun di Selangor.
- Pemohon telah mendaftarkan diri bagi pengajian SEPENUH MASA peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah di university yang diiktiraf di Mesir, Jordan dan Maghribi
- Bukan pelajar semester akhir atau diberikan lanjutan tempoh pengajian.
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM20,000 sebulan.
- Pelajar, Ibu, Bapa, ahli keluarga lain tidak di senarai hitam oleh TKWBNS atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak TKWBNS.
- Pemohon belum menerima sebarang tajaan lain (Biasiswa, Pinjaman atau Dermasiswa) termasuk bagi Ijazah Perubatan, Pergigian dan Veterinar).
Layari https://danapendidikan.selangor.gov.my bagi membuat permohonan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia seperti berikut:
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat SUK Selangor di talian 03-55212275 / 03-55447543 atau e-mel: [email protected]
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)

Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor yang memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak-anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Pemohon yang layak untuk memohon merupakan pelajar tahun pertama pengajian yang melanjutkan pendidikan ke IPTA & IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan dari peringkat peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Permohonan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023 (Sebulan).
Syarat-syarat kelayakan adalah sebagaimana berikut;
- Pemohon, ibu dan bapa adalah Warganegara Malaysia sahaja.
- Pemohon, ibu dan bapa mestilah terdiri daripada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria seperti berikut:
- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor;
- Ibu atau bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor;
- Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor tidak kurang dari 11 tahun dan menetap di Negeri Selangor;
- Ibu atau bapa telah bermastautin dan menetap di Negeri Selangor selama 11 tahun.
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama;
- Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja;
- Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
- Pemohonan hanya untuk tahun pertama pengajian sahaja;
- Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga pemohon berjumlah RM5,000 dan ke bawah; dan
- Permohonan yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.
Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Kerajaan Negeri Selangor boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman web Sistem Permohonan HPIPT: http://hpipt.selangor.gov.my.
Bantuan Khas Perniagaan Pakaian & Bundle

Buat pemilik perniagaan pakaian dan perniagaan terpakai (bundle), sukacitanya bahagian Zakat Pulau Pinang membuka permohonan bantuan perniagaan pakaian dan pakaian terpakai (bundle) kepada mereka yang berkelayakan.
Bantuan ini merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang di bawah bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Pemilik-pemilik perniagaan berikut adalah layak memohon;
- Penjual pakaian dewasa dan kanak-kanak
- Penjual pakaian atau kasut terpakai (bundle)
(tidak termasuk butik dan kedai jahitan)
Permohonan dibuka mulai 8 Mac 2023 (Rabu) hingga 24 Mac 2023 (Jumaat).
Permohonan dibuka kepada mereka yang memenuhi kriteria serta mengikut syarat-syarat yang ditetapkan;
- Memenuhi syarat umum bantuan zakat;
- Wajib mempunyai lesen SSM atau PBT;
- Belum pernah menerima bantuan perniagaan ZPP bagi tahun 2021, 2022 & 2023;
- Wajib mempunyai TAPAK NIAGA @ KEDAI (perlu disenaraikan bukti bergambar atau sewa penganjur);
- Perniagaan sendiri & merupakan sumber utama pendapatan keluarga
- Bermastautin & berniaga di Pulau Pinang sahaja.
Bagi mereka yang ingin membuat permohonan bantuan perniagaan pakaian dan pakaian terpakai (bundle) ini, boleh dapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter perkhidmatan zakat yang berhampiran dengan anda sekarang.
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Malaysia Madani

Dalam usaha Kerajaan menurunkan kos sara hidup, Kementerian Komunikasi dan Digital mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband).
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Fixed Internet Broadband) disasarkan bagi membantu golongan B40, veteran, Orang Kurang Upaya (OKU) serta warga emas.
Harga yang ditawarkan adalah 22% lebih rendah berbanding pasaran semasa.
Inisiatif ini bukan sahaja seiring dengan hasrat untuk meringankan beban rakyat, malahan merupakan indikator bahawa Kerajaan Perpaduan dan penyedia perkhidmatan mengambil perhatian terhadap keperluan dan kebajikan rakyat serta terus berusaha dalam memastikan kesalinghubungan digital yang lebih menyeluruh dengan harga yang lebih rendah seiring dengan konsep Malaysia MADANI.

Pakej ini menawarkan perkhidmatan yang menarik sebagaimana berikut;
- Internet berkelajuan 30 Mbps
- Data tanpa had (unlimited data)
- Langganan RM69 sebulan (kontrak 24 bulan)
Pakej ini dijangka boleh dilanggan bermula Mac 2023