Menu Rahmah McDonald’s (Mekdi): Harga dan Lokasi

Rangkaian restoran makanan segera  McDonald’s atau juga dikenali sebagai Mekdi / McD kini merupakan antara penyedia Menu Rahmah di Malaysia.

YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 8 Mac telah merasmikan Menu RAHMAH McDonald’s yang diadakan di McDonald’s Mutiara Damansara, Selangor.

Pelancaran Menu RAHMAH McDonald’s  ini sebagai usaha untuk menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menikmati hidangan McDonald’s dengan harga yang berpatutan.

Apa Itu Menu Rahmah?

Inisiatif MENU RAHMAH merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

Inisiatif Menu Rahmah dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Harga dan Pilihan Menu Rahmah McDonald’s

McDonald’s Malaysia menawarkan tiga pilihan menu pada harga RM5.00, sebagai menyokong inisiatif KPDN dalam usaha menangani kenaikan kos sara hidup.

Menu yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut;

  1. Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil), 
  2. Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil), dan 
  3. McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil). 
Menu Rahmah Macdonal'd (Mekdi)

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

Lokasi Menu Rahmah McDonald’s

Menu Rahmah McDonald’s boleh didapati sepanjang hari di semua 340 cawangan restoran McDonald’s di seluruh negara.

Sila rujuk pautan berikut bagi mengetahui lokasi Mekdi berhampiran anda;

https://www.mcdonalds.com.my/locate-us

Menu Rahmah di Aplikasi McD

Menu rahmah mekdi juga turut disediakan di aplikasi McD pada harga yang sama di restoran.

Menu rahmah aplikasi McD

Apa yang menariknya, anda boleh menukar pilihan air sekiranya anda tidak menyukai Teh Ais Limau (cawan kecil) yang disediakan. Pun begitu pertukaran air menyebabkan harga asal turut berubah dan tidak lagi pada harga RM5.00.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play atau Apple Store sebagaimana berikut;

  1. Google Play >> Download Sini <<
  2. Apple Store >> Download Sini <<

Apa yang menarik mengenai App McD ini ialah anda akan menerima mata ganjaran dengan setiap pesanan dan mata terkumpul boleh digunakan untuk menebus ganjaran di dalam Aplikasi McD.

Lokasi Lain Menu Rahmah

KPDN telah membangunkan portal Menu Rahmah Malaysia Madani bagi memudahkan orang ramai mengetahui lokasi terkini Menu Rahmah yang ditawarkan di seluruh negara melalui pautan berikut;

https://menurahmah.kpdn.gov.my

Portal ini juga membolehkan peniaga makanan yang ingin menawarkan menu Rahmah mendaftar melalui portal yang sama.

Portal Orang Awam Menu Rahmah
Portal Menu Rahmah untuk Pekedai dan Restoran

Portal ini menyenaraikan maklumat-maklumat berikut;

  • Nama Restoran
  • Alamat
  • Jenis Restoran
  • Tempoh Mula

Soalan Lazim (FAQ)

Berapa harga menu rahmah Mekdi?

RM5.00

Apakah pilihan menu rahmah di McD?

1. Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil), 
2. Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil), dan 
3. McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil). 

Di manakah boleh beli menu rahmah McDonald’s?

1. Boleh didapati sepanjang hari di Mekdi berdekatan.
2. Boleh order melalui aplikasi McD

Scroll to Top