Semakan UPKK 2022: Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA 

SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) TAHUN 2022

Sukacitanya, ibu bapa boleh membuat semakan keputusan bagi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2022 mulai 9 Mac 2023 (Khamis) jam 4 malam.

Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan 19,266 calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2022 catat keputusan 8A.

Pada tahun lepas, peperiksaan UPKK diduduki lebih 200,000 orang murid tahun lima yang mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sejak dari tahun satu dengan sukatan JAKIM.

Pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun lalu telah ditunda bagi memberi laluan kepada persediaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Cara Semakan Keputusan UPKK 2022

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022

Terdapat 3 kaedah semakan keputusan UPKK tahun 2022 iaitu;

1. Semakan secara atas talian di pautan

https://semakan.islam.gov.my/

Masukkan  No. MyKid / No. Kad Pengenalan Khas dan No. Angka Giliran.

2. Semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS)

Semakan Keputusan peperiksaan UPKK melalui penghantaran SMS

Taip UPKK<jarak>NoMyKid/NoPengenalanKhas<jarak>AngkaGiliran: dan hantar ke 15888

Contoh: UPKK 110212020105 J03001002 hantar ke 15888

  • Pastikan No.KP seperti yang didaftarkan dalam peperiksaan.
  • Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku disebabkan trafik semakan yang tinggi.

3. Semakan di sekolah 

Ibu bapa/Penjaga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2022 daripada pihak sekolah masing-masing bermula 10 Mac 2023 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Semakan Keputusan UPKK 2022 8A

Slip keputusan penuh Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 boleh diperolehi daripada sekolah masing-masing bermula jam 9:30 pagi pada 10 Mac 2023.

Tempoh semakan dan semakan semula keputusan

Bagi semakan secara atas talian (online) dan secara sistem pesanan ringkas (SMS), tempoh semakan yang dibenarkan adalah mulai jam 4.00 petang, 9 Mac 2023 hingga jam 11.00 pagi, 23 Mac 2023.

Sementara permohonan Semakan Semula Keputusan UPKK Tahun 2022  adalah 2 minggu selepas tarikh pengumuman.

Apa Itu UPKK

Ujian Penilaian Kelas Kafa (KAFA) atau lebih dikenali dengan UPKK merupakan peperiksaan yang dilaksanakan kepada murid KAFA (darjah 5  / 11 tahun sahaja) sama ada yang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Rendah Agama (SRA) yang menggunakan sukatan pelajaran kurikulum KAFA JAKIM.

UPKK mempunyai lapan subjek yang terdiri daripada dua subjek amali, satu subjek ujian lisan dan lima subjek bertulis.

Untuk ujian ini, terdapat 8 mata pelajaran yang dinilai dalam Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu;

  1. Tilawah Al-Quran (UPKK 01)
  2. Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) (UPKK 02)
  3. Sirah (UPKK 03)
  4. Adab (UPKK 04)
  5. Jawi dan Khat (UPKK 05)
  6. Lughatul al-Quran (UPKK 06)
  7. Penghayatan Cara Hidup Islam (UPKK 07)
  8. Amali Solat (UPKK 08)

Penilaian Gred UPKK

Terdapat 5 penilaian gred UPKK yang menggambarkan tahap penguasaannpelajar iaitu;

  • A – CEMERLANG
  • B – BAIK
  • C – MEMUASKAN
  • D – LULUS TIDAK MENCAPAI TAHAP
  • TH – TIDAK HADIR

Kelebihan Peperiksaan UPKK

Sijil UPKK diperakui di seluruh Malaysia sebagai salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sehingga kini, UPKK masih kekal relevan dan ia terbukti dengan pertambahan jumlah calon yang menduduki ujian tersebut.

Perkara ini sekaligus menunjukkan bahawa kesedaran masyarakat untuk menjadikan pendidikan KAFA sebagai pengukuhan kepada pendidikan Islam arus perdana semakin meningkat dan sebagai persediaan dari aspek rohani sebelum murid melangkah ke peringkat pendidikan menengah.

Keputusan UPKK malah turut dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan sebagai tambahan sokongan untuk kemasukan bakal pelajar ke tingkatan satu di sekolah khusus meliputi Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dikendalikannya.

Bahkan, murid yang cemerlang UPKK juga boleh dipertimbangkan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) atau di Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah harian dengan tambahan pelajaran Bahasa Arab.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah semakan keputusan UPKK boleh dibuat?

Mulai 9 Mac 2023 (Khamis) jam 4 petang

Bagaimana cara untuk membuat semakan keputusan UPKK?

1) Semakan secara atas talian di pautan
https://semakan.islam.gov.my/
2) Semakan secara sistem pesanan ringkas (SMS)
3) Semakan di sekolah mulai 10 mac 2023 jam 9.30 pagi

Berapakah subjek yang dinilai dalam peperiksaan UPKK?

8 subjek yang dinilai dalam peperiksaan UPKK iaitu;
1) Tilawah Al-Quran
2) Ulum Syariah
3) Sirah
4) Adab
5) Jawi dan Khat
6) Lughatul al-Quran
7) Penghayatan Cara Hidup Islam
8) Amali Solat 

Scroll to Top