Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri 2023 & Cara Bayaran

Kadar bayaran fidyah bagi negeri-negeri di Malaysia adalah tidak sama dan terdapat kadar yang berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.

Penetapan kadar fidyah ini ditentukan oleh Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia.

Oleh itu, mari kita lihat kadar fidyah di Malaysia berdasarkan negeri masing-masing.

Apa Itu Fidyah?

Fidyah adalah bayaran yang dikenakan ke atas orang meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu ataupun sengaja melewatkan puasa ganti (qada).

Bagi mereka yang tidak sempat menggantikan puasa adalah WAJIB untuk membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Firman Allah SWT:

“…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.”  (Surah Al-Baqarah: Ayat 184)

Hukum Membayar Fidyah

Hukum membayar fidyah adalah wajib.

Fidyah adalah bayaran denda yang dikenakan kepada individu yang tidak dapat menggantikan puasa Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Ramadan tahun berikutnya.

Siapa yang dikenakan Fidyah?

5 golongan yang wajib dikenakan fidyah iaitu;

  1. Orang yang uzur dan sakit tua
  2. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak yang khuatir keselamatan bayi yang dikandung atau anak yang sedang disusukan.
  3. Perempuan yang mengandung atau sedang menyusukan anak namun khuatir akan keselamatan dirinya ketika berpuasa
  4. Orang yang telah meninggal dunia yang belum sempat menggantikan puasanya
  5. Orang yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan dan tidak sempat ganti namun telah melangkah tahun berikutnya (bulan ramadhan)

Kadar Bayaran Fidyah Mengikut Negeri-Negeri di Malaysia Bagi Tahun 2023/1444H

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Facebooknya telah berkongsikan kadar bayaran fidyah mengikut negeri-negeri seluruh Malaysia tahun 2022/2023 sebagaimana berikut;

NEGERIKADAR FIDYAH
PERLISRM5.00
KEDAHRM1.80
PULAU PINANGRM1.75
PERAKRM1.90
SELANGORRM2.00
NEGERI SEMBILANRM1.75
MELAKARM1.80
JOHORRM1.75
PAHANGRM1.75
TERENGGANURM1.75
KELANTANRM1.75
SABAHRM1.75
SARAWAKRM1.75
WILAYAH PERSEKUTUANRM4.00
Kadar Bayaran Fidyah 2023 Mengikut Negeri

Cara Pembayaran Fidyah Mengikut Negeri-negeri

Kaedah pembayaran Fidyah adalah berbeza mengikut negeri masing-masing. 

Ada yang tidak menggunakan kaedah gandaan dan ada negeri yang  menggunakan kaedah gandaan (bilangan tahun yang ditinggalkan) *pilihan atas kemampuan

Namun secara asasnya, pengiraan adalah sebagaimana berikut;

  • Bilangan Hari Puasa Yang Ditinggalkan x Jumlah Pertambahan Bilangan Tahun x Nilai Fidyah Semasa = Jumlah Fidyah Puasa Perlu Dibayar
  • Contoh pengiraan negeri Kelantan (ada gandaan) – 10 hari X 2 tahun X RM1.75 = RM35.00
No.NegeriKaedah Bayaran 
1.Johorhttps://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah 
2.Kedahhttp://www.maik.gov.my/e-fidyah 
3.Kelantanhttps://zakat.e-maik.my/v8/fidyah.php 
4Melakahttps://ebayar.melaka.gov.my/ 
5Negeri Sembilanhttps://www.mains.gov.my/fidyah/fidyah.php 
6Pahanghttps://zakatpahang.my/fidyah/ 
7Perakhttps://fidyah.maiamp.gov.my/
8PerlisPindahan Akaun (BIMB)No. Akaun: 090 100 1000 2497
9P. Pinanghttps://zakatpenang.com/zakat-fidyah/ 
10SabahPindahan AkaUn (MAYBANK) No. Akaun: 5601 4868 5147 atas nama Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah
11SarawakTiada bayaran online
12Selangorhttps://www.zakatselangor.com.my/ 
13TerengganuPindahan Akaun (BIMB)
Nama: Sumber Am / BaitulmalNo. Akaun: 13017010056952
14W. Persekutuanhttps://www.zakat2u.com.my/

Maklumat Terkini berhubung Pembayaran Fidyah  2023/1444H di Media Sosial Majlis Agama Islam Negeri Masing-masing

No.NegeriLaman Rasmi Facebok
1.JohorMajlis Agama Islam Johor
2.KedahLembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
3.KelantanMajlis Agama Islam & Adat Istiadat Negeri Kelantan
4MelakaZakat Melaka
5N. SembilanPerbadanan BaitulMal Negeri Sembilan MAINS
6PahangMajlis Ugama Islam & Adat Resam Negeri Pahang
7PerakZakat Perak -MAIPk
8PerlisMajlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Perlis (MAIPs)
9P. PinangZakat Pulau Pinang
10SabahBahagian Zakat & Fitrah MUIS
11SarawakTabung Baitulmal Sarawak
12SelangorLembaga Zakat Selangor
13TerengganuMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu- Official
14W. PersekutuanPusat Pungutan Zakat