Permohonan Baucar Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) RM1,000

Sebagai manifestasi keprihatinan Kerajaan  Negeri Johor, inisiatif pemberian baucar kepada pembeli Rumah Mampu Biaya Johor diteruskan lagi melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.

Pemberian ini dibuka kepada semua pembeli Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) yang telah menerima Surat Serahan Milikan Kosong (Vacant Possession) daripada pemaju mulai 01 Januari 2015 hingga 31 Disember 2022 yang menyatakan rumah telah siap dibina dan pembeli boleh mengambil kunci.

Berikut adalah maklumat dan kaedah permohonan Baucar Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) yang bernilai RM1,000.

Apa Itu Rumah Mampu Biaya Johor?

RMBJ merupakan projek perumahan yang dikendalikan oleh kerajaan negeri Johor melalui Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor.

Tujuan utama program ini adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk memiliki kediaman sendiri di negeri Johor.

Syarat Kelayakan Baucar RM1,000 Rumah Mampu Biaya Johor

  • Pembeli yang menerima Sijil Layak Memiliki Rumah (SLMR) yang dikeluarkan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di bawah kategori Rumah Mampu Biaya Johor
  • Pembeli yang telah menerima Surat Serahan Milikan Kosong (Vacant Possession) daripada pemaju mulai 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2022 yang menyatakan rumah telah siap dan boleh mengambil kunci
  • Pembeli dan pasangan belum pernah menerima pemberian Baucar ini

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi memudahkan lagi pemohon, PKPJ mengambil inisiatif untuk meringkaskan dokumen yang diperlukan kepada 2 dokumen sahaja sebagaimana berikut;

  • Salinan surat makluman daripada pemaju yang menyatakan rumah telah siap dan boleh mengambil kunci
  • Salinan penyata akaun bank

Cara Memohon

Pemohon hendaklah mengisi borang yang disediakan PKPJ.

Borang permohonan boleh diperolehi di laman portal erumah Johor melalui pautan berikut;

https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmPanduanPermohonan.htm

>> klik pada BUCAR RMBJ dan klik pada Muat Turun Borang.

Isi maklumat yang diminta dengan lengkap.

Dokumen yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada : 

PERBADANAN KEMAJUAN PERUMAHAN NEGERI JOHOR 
ARAS 1, BANGUNAN DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK 
KOTA ISKANDAR, 79503 
ISKANDAR PUTERI JOHOR.
 

[PERINGATAN !!!!] Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor TIDAK PERNAH melantik mana-mana ejen perseorangan atau orang tengah untuk berurusan atau menerima sebarang bayaran bagi mendapatkan rumah beli atau rumah sewa. Tuan/Puan diminta untuk merujuk ke jabatan ini jika terdapat sebarang keraguan atau mencurigakan dan boleh membuat aduan terus ke mana-mana balai Polis yang berhampiran.

Baucar Rumah Mampu Biaya Johor (RM1000)

Sumber: Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor

PENAFIAN: Semua yang “kami” kongsikan di halaman ini sekadar panduan dan rujukan para pembaca di laman web ini sahaja. Kami tidak ada kaitan dengan mana-mana agensi kerajaan atau syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan adalah berpandukan sumber sebagaimana yang disebut.

Scroll to Top